•Menjadi normal tidak penting tapi diterima dan disayangi seadanya yang paling utama.

Sabtu, Februari 25, 2012

MESYUARAT AGUNG KALI KE 13

PERSATUAN
INSAN ISTIMEWA KELANTAN (INSANI)
NO. 68, KG. PADANG SELISING,
18500 MACHANG, KELANTAN.
No. Fail Pertubuhan: PPM/KEL 5/00. No.
Pendaftaran: 583
e-mail: insani583@gmail.com – blog: www.
persatuaninsani.blogspot.com

Rujukan
Kami: INSANI (O2)/MAI13(S) 2012
Tarikh: 15 Feb 2012
Kepada:
Semua
Ahli INSANI.

Assalamulaikum w. b. t. / Salam Sejahtera,
Tuan, Puan,

NOTIS MEMANGGIL MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN INSANI KALI KE-13.

Merujuk kepada
perkara di atas berasaskan Fasal 8 undang-undang persatuan, adalah dengan
segala hormatnya dipersilakan Tuan / Puan hadir ke Mesyuarat Agung sebagaimana
berikut:

TARIKH: 24HB. MAC 2012 ( SABTU )

MASA: BERMULA
8.00 PAGI – 2.00 PETANG.
TEMPAT: GELANGGANG SENI, KOTA BHARU.

2.
Untuk makluman tuan agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
·
Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung 2011.
·
Membentang dan Mengesahkan Penyata Tahunan
2011.
·
Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan
2011.
·
Perkara-perkara berbangkit.
·
Pemilihan Jawatankuasa Persatuan Insani 2012
– 2014.
·
Penerimaan dan Perbahasan usul.
·
Ucapan Penangguhan

3.
Mana-mana ahli yang belum menjelaskan yuran tahun 2012 atau tahun-tahun yang
lepas, sila jelaskan semasa pendaftaran hari Mesyuarat Agung atau bila-bila
masa dari sekarang. Yuran ahli ialah RM3.00 setahun. Kegagalan menjelaskan yuran selama dua tahun
akan hilang keistimewaan sebagai ahli
dan selama tiga tahun tidak membayar yuran bermakna tidak lagi berminat menjadi
ahli.

4.
Bagi melancarkan perjalanan mesyuarat, ahli-ahli yang berhasrat mengemukakan
usul atau cadangan dalam Mesyuarat Agung sila hantar usul tersebut kepada
Setiausaha sama ada secara bertulis, email atau SMS sebelum 17. 3. 12. Hanya usul dan cadangan yang dihantar sebelum
tarikh tersebut sahaja akan dijawab dan dibahaskan dalam mesyuarat. MEREKA
YANG BERMINAT UNTUK MENCALONKAN AHLI JAWATANKUASA BARU SILA DAPATKAN BORANG PENCALONAN
DARIPADA SETIAUSAHA ATAU MANA-MANA AJK YANG BERDEKATAN. JIKA ADA PENGUNDIAN
IANYA AKAN DIJALANKAN SECARA SULIT IAITU MEMANGKAH DI KERTAS UNDI DI TEMPAT
MESYUARAT.

5.
Tuan/puan juga MESTI memaklumkan kepada Setiausaha atau mana-mana AJK
sekiranya dapat hadir Mesyuarat sama ada dengan mengisi borang lampiran, e-mail,
SMS, telefon, atau sebarang bentuk
komunikasi yang boleh difahami. (Ahli
yang tidak dapat hadir, sila kirim yuran ahli untuk mengaktifkan keahlian.)

Atas
kerjasama dan komitmen saudara/saudari terhadap persatuan diucapkan jutaan
terima kasih.

Sekian.
Terima kasih.


Yang
menjalankan tugas,


......................................
SETIAUSAHA
INSANI.
Mohd
Razali Md Din.



MAKLUMAN TAMBAHAN

Lain-lain pengisian:
1.
30 Cabutan Bertuah termasuk 3 buah “handphone’.
2.
Penyampaian Sumbangan untuk anak ahli yang mendapat A dalam peperiksaan
UPSR, PMR, SPM dan STPM 2011.
3.
Acara Selingan.

Sila fotostat slip
peperiksaan yang mendapat keputusan A dan hantarkan kepada Setiausaha sebelum
tarikh 17.3.12. Makluman melalui telefon, SMS atau email juga diterima.

Peringatan: SEBARANG
PERUBAHAN TERHADAP KENYATAAN RISALAH INI TERTAKLUK KEPADA JAWATANKUASA DAN AKAN
DIBERITAHU DARI MASA KE SEMASA.
MANA-MANA AHLI YANG TERDIRI DARIPADA OKU TERLANTAR ATAU OKU
AKAL BOLEH MENGHANTAR WAKIL UNTUK MENGUNDI BAGI PIHAKNYA. ORANG YANG BOLEH
MENJADI WAKIL IALAH IBU / AYAH / ISTERI / SUAMI / ANAK ATAU PENJAGA YANG
DISAHKAN.

Hantarkan surat
pengesahan ini sebelum atau pada 17. 3. 2012 kepada alamat di atas.
Kehadiran juga boleh dimaklumkan menerusi telefon,
SMS, e-mail, atau sebagainya.

SENARAI AJK YANG BOLEH DIHUBUNGI UNTUK SEBARANG
PENGESAHAN KEHADIRAN.

PENGERUSI:
En.
Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor - Tel:
013-9319525
NAIB PENGERUSI:
En. Abdul Hamid Ibrahim – 017 – 9152185
SETIAUSAHA
En. Mohd Razali Md Din - Tel: 013-9238931
PENOLONG SETIAUSAHA
En.
Azuhan Yaacob - Tel: 019-9986293
BENDAHARI:
Pn.
Che Suhana Che Omar - Tel: 013-9330587
PENOLONG BENDAHARI
En.
Zawadi Said - Tel: 013-9315697

AHLI JAWATANKUASA:
En. Mohd Kamaruddin Ibrahim – 013 – 9312919
En. Mohammed Farizhol Juhari – 019 – 9234784
Pn. Masliza Che Mohamed – 09 – 7462591
Pn. Ruzilawati Ghazi – 0179731354
En. Mohd Kufri Omar – 013-9736418
En. Mohd Ramli Abdul Rahman -013-9803989
En. Burhan Aziz – 019 – 9860132

PEMERIKSA
KIRA-KIRA:
Cik Ziti Azlina Ismail – 013 – 9765705
En. Mohd Jawawi Mat Yaakob - 013-9238096


BORANG PENCALONAN DISEDIAKAN - SILA MESEJ NO TELEFON, NAMA DAN ALAMAT RUMAH SERTA ALAMAT EMAIL UNTUK MEMUDAHKAN PIHAK KAMI MENGHANTAR BORANG PENCALONAN DAN SEBAGAINYA,


















TANGGUNGJAWAB AHLI IALAH:
MEMBAYAR YURAN DAN MEMBERI KERJASAMA KEPADA PERSATUAN
DENGAN MEMBERI PENGESAHAN KEHADIRAN JIKA HENDAK HADIR SUPAYA TIDAK BERLAKU
PEMBAZIRAN.

Ahad, September 25, 2011

Jemputan Majlis Hari raya Astro

Persatuan Insani menerima jemputan seramai 100 orangg untuk menyertai Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran stesen penyiaran Astro. Majlis diadakan pada 23.9.2011 di Padang Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Mengikut rancangan awal, Menteri Besar akan hadir tetapi atas masalah kesihatan, tempat beliau diganti oleh YB Nasarudin (Speaker Undangan Negeri Kelantan).

Seramai 1200 orang termasuk anak-anak yatim diraikan bersama. Majlis menghidangkan pelbagai juadah, seperti nasi beriani, lontong, soto, kueh mueh, ketupat lemang dan sebagainya.

Turut hadir ialah Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Insani.










Sabtu, Ogos 27, 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011

Persatuan Insani menerima jemputan berbuka puasa anjuran kerajaan negeri pada 10hb, 17hb dan 24hb Ogos 2011 yang lalu sempena bulan Ramadan. Program ini khas untuk pimpinan negeri bersama OKU dari 4 buah persatuan OKU Kelantan bersama-sama menghayati majlis berbuka puasa.

Seramai 80 orang ahli persatuan dipilih untuk menyertai program ini yang diadakan secara 3 zon iaitu Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKBBRI, Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh dan Dewan Sri Guchil, Kuala Krai.

Program ini adalah acara tahunan anjuran kerajaan negeri di bawah exco Dato' Hj. Husam Musa. Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) menjadi urusetia bagi pihak persatuan-persatuan OKU negeri Kelantan.


















Khamis, Jun 09, 2011

Tiada Aktiviti seketika


Sehingga Jun ini, tiada aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Insani. Perkara ini berkaitan dengan sumber kewangan yang berkurangan sejak akhir ini. Walaupun usaha telah dibuat oleh pihak pentadbiran untuk menambah dana aktiviti tetapi hasilnya tidak begitu sukses.

Antara aktiviti yang tertangguh ialah Tuisyen untuk UPSR dan PMR, Aktiviti Kelab Sukan, Hari Keluarga dan Konvo Bantuan Kemiskinan.

Dan juga Program Berbuka Puasa dan Bantuan Hari Raya mungkin dibatalkan juga jika masalah mendapatkan sumber kewangan berterusan.

Justeru kami memohon jasa baik semua pihak, sama ada individu, syarikat, korperat, dan sebagainya supaya dapat membantu kami untuk menjalankan aktiviti.

Semua sumbangan boleh disumbangkan atas nama:
Persatuan Insan Istimewa Kelantan.

Kami juga mengharapkan ahli-ahli memahami keadaan ini.

Jumaat, April 01, 2011

Persidangan NGO-NGO Kelantan

Pada 29hb Mac 2011, Selasa, satu Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darul Naim. Ianya anjuran Jawatankuasa Modal Insan, Belia, Wanita & NGO Negeri Kelantan.

Persatuan Insani turut dijemput dan menghantar 3 orang ahli iaitu, Setiausaha (Mohd Razali Md Din), Bendahari (Che Suhana Che Omar) dan seorang AJK (Masliza Che Mohamed).

Majlis Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Program ini turut disertai Pendaftaran Pertubuhan Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Ianya diwakili Pengarah masing-masing yang kemudiannya membentang kertas kerja.

Dua orang pembentang kertas kerja lain yang diundang ialah dari persatuan WADAH dan PEWARIS.

Perasmian penutup Persidangan disempurnakan oleh YB En. Abd. Fatah Mahmood, exco kerajaan negeri yang mengetuai Jawatankuasa penganjur persidangan.







Sabtu, Mac 19, 2011

Mesyuarat Agung Kali ke 12

Alhamdulillah, selesailah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 12 pada 19 Mac 2011. Mesyuarat ini telah diadakan di Bengkel Pemulihan OKU Kg Aur, Telong Bachok dan dihadiri 250 orang ahli.
Mesyuarat berlangsung dalam keadaan tenang dan perbahasan usul berjalan dengan keadaan harmoni dan setiakawan.
Pengerusi Persatuan Insani, En Wan Kamarulzaman telah mempengerusikan mesyuarat dan majlis perasmian disempurnakan oleh Wakil Pengurus Bengkel iaitu En. Mohd Safwan Nasuha.
Selepas Mesyuarat para hadirin dihidangkan dengan nyanyian oleh beberapa orang ahli OKU yang berbakat dan juga diselangi dengan cabutan bertuah.