•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Mac 25, 2012

Jawatankuasa Persatuan Insani 2012-2014

Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 13 pada 24 Mac 2012 yang lalu menyaksikan 90% muka baru menjawat jawatan dalam Jawatankuasa sesi 2012 - 2014. Berikut adalah wajah-wajah Pemegang jawatan dalam Jawatankuasa Insani.
......................
Pengerusi: Mohd Ramli Abd. Rahman....... Naib Pengerusi: Wan Mohd Afendi


.....................
Setiausaha: Mohd Kufri Omar .................................Pen. S/U: Mohd Azhar Rosli


Bendahari: (P) Azli Seman


...........................
AJK: Che Kar Mohamad............................................. AJK: Hatijah Che Amin

.................
AJK: MOhd Farizhol Johari................................. AJK: Mohamad Deraman

....................
AJK: Syed Mohd Sharifudin Syed Ahmad................ AJK: Ismail Mat
AJK: Nordin Shah Budin
.
Pemeriksa Kira-Kira I............................... Pemeriksa Kira-Kira II
Nor Sabri Abu Bakar.................................Fatimah Sid Amat

Selasa, Mac 13, 2012

Persidangan OKU Darulnaim 2012 & Pengistiharan

Untuk julung kalinya, gabungan 3 NGO terbesar di Kelantan iaitu Persatuan Cacat Penglihatan Kelantan, Persatuan Insan Istimewa Kelantan dan Persatuan Orang Pekak Kelantan dengan kerjasama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO menganjurkan Persidangan Orang Kurang Upaya Darulnaim Peringkat Kebangsaan. Persidangan ini turut dihadiri oleh peserta OKU dari luar negeri Kelantan.
Persidangan ini berlangsung pada 13.3.2012 di Hotel Raudah, Kota Bharu, Kelantan. Persidangan ini bermula jam 8.30 pagi yang dimulai dengan pembentangan kertas kerja oleh En. Mohd Faizal Che Yusoff, seorang OKU penglihatan. Pembentang kertas kerja kedua ialah Senator Mumtaz dan Majlis Penutup disempurnakan oleh YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Tujuan utama persidangan ini ialah untuk membawa cadangan-cadangan penambahbaikan pembangunan OKU termasuk pindaan semula Akta OKU yang telah dilaksanakan 2008 yang lalu. Secara mudahnya, masalah OKU bukan selesai setakat yang tak nampak diberi tongkat, yang lumpuh diberi kerusi roda dan yang pekak diberi alat pendengaran.
Diharapkan hasil persidangan ini dapat diterima oleh kerajaan dan seterusnya membuat tindakan yang sewajarnya.
BERIKUT ADALAH PENGISTIHARAN OKU DARULNAIM 2012 YANG DIBUAT HASIL PERSIDANGAN OKU DARULNAIM PERINGKAT KEBANGSAAN.

PENGISYTIHARAN OKU DARUL NAIM 2012.

Kami peserta-peserta Persidangan OKU
Darul Naim Peringkat Kebangsaan dengan penuh takzim dan tawaduk, bersama dan
bersatu bersetuju menyatakan iltizaman kebersamaan kami bagi menzahirkan suatu
penisytiharan yang dinamai Pengisytiharan OKU Darul Naim 2012.
Adalah pada hari ini 13 Mac 2012
bersamaan 20 Rabiul Akhir 1433, menyatakan sebagaimana berikut:

1. Kami merakamkan setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi dan penghargaan atas kesediaan
pihak Kerajaan Negeri Kelantan melalui Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia,
Sukan Dan NGO yang telah menganjurkan buat julung-julung kalinya Persidangan
OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan pada tahun 2012.

2. Kamimenggesa pihak kerajaan di setiap peringkat dengan dimulai kerajaan di peringkat
persekutuan, mengadakan suatu kerangka pembangunan OKU yang menyeluruh dengan
diterajui oleh suatu badan / jawatankuasa yang bertanggungjawab terus kepada
cabinet di peringkat pusat atau Majlis Mesyuarat Kerajaan di peringkat negeri.

3. Kami menyokong penuh penyerahan memorandum bersama OKU oleh Majlis Peguam kepada
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Suhakam pada 17 Mac 2012.

4. Kami mencadangkan Persidangan OKU Darul Naim Peringkat Kebangsaan dijadikan suatu
forum tahunan atau dwi tahunan bagi membolehkan OKU terus berganding dan
bersatu dalam usaha mewujudkan kehidupan yang lebih baik dan berkebajikan di
bumi Malaysia umumnya dan Kelantan khususnya.

Sekian, pengisytiharan dizahirkan.

Disediakan oleh:
(MOHAMMAD FAIZAL CHE YUSOF)
(PENGERUSI MAJLIS PERMUAFAKATAN NGO-NGO
OKU KELANTAN)