•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Februari 24, 2013

MESYUARAT AGUNG KALI KE 14 (2013)



Persatuan Insani Istimewa Kelantan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada 16hb. Februari 2013. Mesyuarat kali ke 14 ini diadakan di Dewan Haji Hussin,Perupok, Bachok,Kelantan. Majlis Perasmian disempurnakan oleh YB Dato' Dr. Awang Adek Hj Hussin, Timbalan Menteri Kewangan. Seramai 300 orang hadir untuk menyempurnakan tugas sebagai ahli Insani. Majlis bermula jam 3.00 petang dan berakhir dua jam kemudian. Pada majlis itu, YB Dato' Dr. Awang Adek sudi menyampaikan sumbangan kepada mereka yang memerlukan seperti kerusi roda, Bantuan OKU Terlantar, Alat Keperluan Khas dan sumbangan kepada anak-anak ahli yang mendapat A dalam peperiksaan UPSR dan PMR 2012 yang lalu.

Turut hadir dalam semasa perasmian ialah wakil Pengarah JKM Kelantan iaitu Pn. Hurulwati dan penolong Pengarah kanan Bahagian OKU, Pn. Roshayati Omar.

Dalam mesyuarat ini beberapa pindaan undang-undang dikemukakan dan diluluskan . Tiada usul besar yang dibahaskan kecuali beberapa perkara berbangkit dibangkitkan oleh ahli.