•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Sabtu, Mei 11, 2013

Beberapa Aktiviti Masa Rehat Pengerusi

Pengerusi Persatuan Insani menggunakan masa rehatnya iaitu Jumaat dan Sabtu untuk menyertai aktiviti persatuan. Pada pagi Jumaat 10.5.2013 beliau sebagai Penasihat Kelab telah menghadiri Mesyuarat Kelab Sukan Paralimpik dan Reakreasi Insani yang diadakan di rumah Zawadi Said (AJK Kelab) di Semerak, Pasir Puteh. Mesyuarat tersebut turut dihadiri mantan Pengerusi Insani merangkap Penasihat III Persatuan iaitu En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor dan Mantan Setiausaha merangkap Penasihat Pentadbiran Persatuan,  Mohd Razali Md Din.

Mesyuarat Kelab Sukan Insani telah mencadangkan beberapa program sukan untuk diketengahkan dan seterusnya dijalankan.

Pada keesokan harinya, Pengerusi Insani bersama Setiausaha, Penasihat Pentadbiran dan AJK Skuad Cakna OKU, Ajimin telah melakukan lawatan ke beberapa buah rumah di samping menyampaikan sumbangan kepada ahli yang mmerlukan. Di Kampung Pintu Geng, seorang ahli iaitu Mohd Saimi telah disumbangkan sebuah kerusi roda. Pengerusi Insani juga meluangkan masa bertanya kabar ahli yang baru keluar wad hospital sambil menyampaikan sedikit sumbangan persatuan. Ahli tersebut ialah Zarina Mohamad. 

Turut menerima sumbangan ialah Zaki Hasan yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dengan Fatimah Haji Daud.

Semoga usaha Insani membantu ahli-ahli akan mendapat keredhaan dan berpanjangan keberkatannya termasuk para penderma dan penyumbang sumbangan kepada persatuan. Teruskan bantu kita untuk kita bantu mereka.