•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Mei 19, 2009

Seminar Menjana Ummah Gemilang & Penghayatan Islam OKU

Seminar ini adalah anjuran Bahagian Dakwah JAKIM yang diadakan pada 17 Mei 2009 di Dewan Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, Kota Bharu Kelantan. Seramai 150 orang peserta dijemput menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan OKU di Negeri Kelantan seperti Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI), Persatuan Orang cacat Penglihatan Islam Kelantan (PERTIS), dan Persatuan Orang Cacat Anggota Cawangan Kelantan (POCAM).

Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg. Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir dan memberi ucapan alu-aluan ialah Timbalan Pengarah I JKMN Kelantan , Ybrs. En. Che Ngah Ismail.

Seminar ini sangat baik untuk memberi kesedaran dan penghayatan kepada OKU tentang kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.






Semoga seminar berbentuk majlis ilmu seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.......

Majlis Silatulrahim

Majlis Silatulrahim & Kemasukan Ahli Baru telah diadakan pada 16 Mei 2009 di rumah Kak Soh (Selamah) bertempat Kg. Pondok Hj. Husin, Geting, Tumpat Kelantan. Majlis diadakan secara sederhana sahaja yang mana dihadiri penduduk setempat dan beberapa orang ahli Jawatankuasa.

Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor yang turut hadir telah merasmikan majlis yang pertama kali diadakan di daerah Tumpat. Lain-lain jawatankuasa yang hadir ialah Setiausaha En. Mohd Razali Md Din, Bendahari Pn. Che Suhana Che Omar, AJK Pn. Masliza Che Mohamed, AJK Cik Nik Raziah Nik Wel dan Wakil Kawasan En. Wan Hamid.

Dalam ucapannya, Pengerusi Insani berharap ahli-ahli dapat memberi sokongan dan menjadikan persatuan satu tempat untuk mengemukakan sebarang masalah. Semua masalah akan cuba diselesaikan asalkan ahli-ahli menyampaikan hasrat mereka. Persatuan akan menolong sekadar yang mampu. Jika ada apa-apa yang perlu dirujuk, persatuan akan merujuk kes ahli kepada pihak yang berkenaan.

Tujuan utama majlis seumpama ini ialah untuk mempromosikan persatuan kepada masyarakat dan penerimaan ahli-ahli baru secara berkumpulan. Seramai 11 orang ahli baru berdaftar dengan persatuan pada hari tersebut.

Pihak persatuan berharap ada kawasan-kawasan lain turut menjemput persatuan untuk mengadakan majlis seumpama ini di masa hadapan.




Sabtu, Mei 09, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-3/09

Jawatankuasa Insani telah mengadakan mesyuarat pada 8 Mei 2009 di rumah Pengerusi Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor di Kg. Lundang, Kota Bharu Kelantan. Seramai 10 orang AJK hadir untuk tujuan tersebut yang diadakan secara sederhana di situ.




Antara keputusan yang diambil:


1. Majlis Silatulrahim dan Kemasukan Ahli Beramai-ramai akan diadakan di Tumpat pada 23 Mei 2009. Majlis yang sepatutnya di adakan di Kuala Pertang diKIV.


2. Hari Keluarga akan diadakan sebelum bulan puasa. Untuk pertama kali Pemegang Jawatan Utama tidak menjadi Ketua Program. Azuhan Yaacob (Pen. S/U) dilantik menjadi Ketua Program.


3. Kelab Sukan diperkasakan dengan pelantikan Ketua Kelab Sukan Baru iaitu Azuhan Yaacob menggantikan Pn. Sharifah Raudzah yang mengikuti latihan sukan sepenuh masa di MSN. Azuhan Yaacob akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat untuk memilih Ahli Jawatankuasa kecil yang baru.



Majlis penyerahan tugas Ketua Kelab Sukan yang diadakan secara ringkas. Mohd Kamaruddin (Kanan) mewakili Sharifah Raudzah menyerahkan dokumen Kelab Sukan kepada Azuhan Yaacob (Berbaju merah) disaksikan oleh Pengerusi Persatuan INSANI (Tengah).

Semoga Kelab Sukan akan terus maju dan suksess!!

Ahad, Mac 01, 2009

Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan MAI-10

Tarikh 28 Feb 2009 - Berlangsungnya Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan serentak dengan itu Mesyuarat Agung Persatuan Insan Istimewa Kelantan kali ke 10 (MAI-10) juga diadakan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh wakil Pengarah JKM Kelantan iaitu Timbalannya En. Che Ngah.

Lebih 300 orang hadir dalam majlis itu yang diadakan di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan.

Tabung OKU Berdikari adalah satu bentuk dana yang dikumpulkan dari sumbangan para dermawan dan diberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan untuk berdikari sama ada berniaga atau menjalankan projek pertanian.

Sesungguhnya ianya adalah satu usaha bakti persatuan untuk melihat ahli-ahlinya mampu berdikari dan mendapatkan rezeki.

Justeru itu kami menyeru kepada semua warga Malaysia yang prihatin dan ada kemampuan supaya menderma kepada tabung ini atas nama : Tabung OKU Berdikari atau atas nama Persatuan Insan Istimewa Kelantan

Sama-samalah kita bantu mereka yang memerlukan agar mereka juga mampu hidup seperti insan yang lain.

Manakala MAI-10 berjalan lancar dengan 20 usul dikemukakan dan dibahas.
















Isnin, Februari 09, 2009

Mesyuarat Agung & Tabung OKU Berdikari

Mesyurat Jawatankuasa kali ke 2 2009 diadakan pada 7-2-09 di rumah Naib Pengerusi, Pn, Sharifah Raudzah Syed Akil di Kg. Chawas Tanah Merah. Pn. Sharifah mempengerusikan mesyuarat mewakili Pengerusi En. Wan Kamarulzaman yang sedang berkursus arahan jabatannya di KL.

Dalam mesyuarat itu, sepakat AJK hendak mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 10 di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu pada 28.2.09 (Sabtu). Semua ahli dijemput hadir. Walau bagaimanapun surat jemputan akan menyusul.

Pada hari itu juga akan diadakan perasmian Pelancaran Tabung OKU Berdikari anjuran persatuan. Cadangan perasmian oleh Tuan Pengarah JKMN Kelantan. Mudah-mudahan ramai tokoh korperat, swasta, orang persaorangan yang hendak menyumbangkan sumbangan mengisi tabung tersebut.

Jawatankuasa juga berharap agar ahli-ahli yang hendak hadir mesyuarat menyatakan dengan jelas jumlah kehadiran kerana pada tahun lepas, masalah makanan tidak mencukupi disebabkan kehadiran yang ramai. Oleh itu kerjasama ahli-ahli amatlah diharapkan supaya program berjalan dengan lancar. Dalam surat yang akan diedarkan oleh Setiausaha sedikit masa lagi akan disertakan borang pengesahan kehadiran. Kehadiran juga boleh disahka menerusi SMS, telefon, surat dan sebagainya dengan jelas. Jumlah kehadiran penting untuk persiapan makanan dan tempat duduk. Ahli-ahli boleh membawa pengiring. Pengiring akan disediakan makan dan minum serta tempat duduk.

Sebagaimana biasa, mana-mana ahli yang tidak membayar yuran tidak boleh menyertai mesyuarat ini. Bayaran boleh dibuat bila-bila masa atau pada hari sebelum mesyuarat.

Seperkara lagi, mana-mana ahli yang meminjam menerusi Tabung Insani diharapkan segera membayarnya kerana tempoh enam bulan sebagai syarat pembayaran telah tamat kesemuanya. Jika ahli-ahli tidak menjelaskan hutang, peluang orang lain meminjam tidak dapat ditunaikan. Dan mereka yang tidak menjelaskan hutang Tabung Insani selepas tamat tempoh akan disenarai hitamkan dari perkhidmatan Tabung OKU Berdikari, kecuali ada alasan yang boleh diterima oleh Jawatankuasa.

Saya menyeru kepada semua ahli-ahli agar beramai-ramai hadir ke Mesyuarat Agung kerana hari inilah hari perayaan persatuan.... Hari bertemu dan merapatkan silatulrahim.... Pada hari Mesyuarat Agung juga akan diadakan penyampaian sumbangan anak cemerlang persekolahan dan bantuan yang memerlukan serta cabutan bertuah. Jualan oleh IMSE (Insani Maju Sejati Enterprise) juga akan diadakan. Pelbagai jualan akan diperagakan.

Mana-mana ahli yang hendak menghadiri Mesyuarat Agung boleh menghubungi mana-mana AJK atau e-mailkan kepada persatuan insani seperti tertera di sebelah.

Sila semak cadangan aturcara majlis untuk perhatian ahli-ahli.

CADANGAN
PELANCARAN TABUNG OKU BERDIKARI (TOB)
DAN
MESYUARAT AGUNG KE 10 (MA10)


Tarikh : 28hb. Februari 2008 (Sabtu)
Tempat Cadangan : Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan
Jam : 09.00 Pagi – 2.00 Tengahari
Perasmian TOB : Ybrs. En. Md. Noor Bin Chik -
Pengarah JKMN KELANTAN.

Pelaksanaan Tentatif:

09.00 Pagi – Urusetia Pendaftaran dan Persiapan memulakan tugas.
09.30 Pagi – Pendaftaran
10.00 Pagi – Ketibaan dif Jemputan
10.30 Pagi – Bacaan Doa Selamat
10.45 Pagi – Ucapan dan taklimat TOB oleh Pengerusi INSANI
11.00 Pagi – Ucapan Perasmian Tabung OKU Berdikari oleh
Yabrs. Tuan Pengarah JKMN.
11.30 Pagi – Penyampaian Sumbangan Cemerlang Persekolahan
Oleh Yabrs Tuan Pengarah JKMN
11.45 Pagi – Rehat / minum / makan ringan
12.15 Tengahari – MA10 dimulakan.
- Ucapan Pengerusi
- Pengesahan Minit Mesyuarat
- Pengesahan Penyata Tahunan
- Pengesahan Penyata Kewangan
- Perkara Berbangkit.
- Cadangan dan usul
- Penangguhan.
01.00 Petang – Penyampaian Sumbangan Bantuan Keperluan dan
Cabutan Bertuah
02.00 Petang - Tamat dan bersurai.

* Sebarang perubahan jadual tertakluk kepada Jawatankuasa INSANI dan akan dimaklum dari masa ke semasa.

Sekian untuk makluman kali ini.

Kita bantu kita....

Selasa, Januari 27, 2009

MA10 Dan Yuran Keahlian

Persatuan INSANI telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa kali pertama tahun 2009 pada 16 Januari yang lalu di rumah Pengerusi, Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor. Dalam mesyuarat itu beberapa keputusan dibuat untuk tahun 2009.

Cadangan dari para AJK supaya Mesyuarat Agung ke 10(MA10) diadakan di sebuah resort di Tok Bali tetapi jika keupayaan kewangan persatuan tidak mampu, alternatifnya ialah di Gelanggang Seni. Naib Pengerusi (Sharifah Raudzah), Setiausaha (Mohd Razali), Bendahari (Che Suhana), Pen. Bendahari(Zawadi) dan AJK Mohd Kamaruddin telah meninjau resort yang dicadangkan. Keputusan akan dibuat samada jadi atau tidak Mesyuarat Agung dilaksanakan di resort berkenaan. Satu mesyuarat jawatankuasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini.

Cuma apa yang ingin ditekankan di sini, semua ahli yang belum menjelaskan yuran RM2.00 setahun hendaklah menjelaskannya sebelum MA10. Memang masih ramai yang belum menjelaskan yuran bahkan ada yang lebih tiga tahun tidak membayar yuran. Kelonggaran diberikan memandangkan ramai juga yang hendak membayar tetapi kesukaran untuk menyampaikan wang tersebut menjadi penghalang.

Cadangan juga dibuat tahun ini supaya Hari Keluarga dibuat lebih awal dan berkemungkinan akan bergabung dengan PDK Insani.

Mesyuarat juga memohon ahli-ahli yang meminjam menerusi Tabung INSANI hendaklah menjelaskan hutang mereka kerana tempoh enam bulan yang diberikan sebagai syarat pinjaman telah tamat kesemuanya. Jika mereka tidak menjelaskan hutang tersebut, peluang untuk diberikan kepada orang lain tertutup. Sedangkan ahli lain mungkin lebih memerlukan.

Lain-lain cadangan ialah; Program Silatulrahim di Kuala Pertang, Maulidur Rasul, Majlis Hari Raya, mengadakan kursus membaiki motorsikal dan lain-lain yang akan menyusul kemudian.

<><>

Jumaat, Januari 09, 2009

Tabung Berdikari

Salam 2009!
Nampaknya kita sudah masuk ke tahun 2009. Tahun ini Mesyuarat Agung mungkin akan diadakan pada bulan Mac seperti lazimnya. Tetapi tahun ini tidak ada pemilihan. Cuma mesyuarat bagi membentangkan penyata tahunan. Nanti Setiausaha akan mengirimkan surat untuk makluman berkenaan Mesyuarat Agung tersebut. Cuma yang penting, mana-mana ahli yang belum membayar yuran-yuran yang lepas diminta menjelaskannya sebelum mesyuarat bermula. Bayaran boleh dibuat kepada mana-mana AJK atau terus menghubungi Setiausaha Insani- en. Mohd Razali Md Din melalui e-mail: insani583@gmail.com atau razalidin62@yahoo.com

Kami memohon maaf kerana tahun 2008 yang lepas tidak ada program Bantuan Awal Persekolahan untuk anak ahli kerana kegagalan mendapatkan sumbangan, mungkin kelewatan program dilaksanakan. Insya Allah tahun 2009 ini Jawatankuasa akan bermula awal untuk semua program.

Untuk pengetahuan semua ahli, Persatuan Insani sekarang sedang mengumpul dana untuk membantu ahli-ahli yang hendak berniaga atau sudah berniaga. Serentak dengan itu juga kami pihak Jawatankuasa Persatuan Insani mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari semua pihak untuk tabung ini.

Sebarang sumbangan bolehlah menggunakan cek berpalang atas nama:
Persatuan Insan Istimewa Kelantan.

atau atas nama

Tabung Berdikari Insan Istimewa.

Sekian untuk makluman semua ahli.

()()()()()()()()()()()()()()