Persatuan Insani menerima jemputan berbuka puasa anjuran kerajaan negeri pada 10hb, 17hb dan 24hb Ogos 2011 yang lalu sempena bulan Ramadan. Program ini khas untuk pimpinan negeri bersama OKU dari 4 buah persatuan OKU Kelantan bersama-sama menghayati majlis berbuka puasa.•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.
Sabtu, Ogos 27, 2011
Majlis Berbuka Puasa 2011
Persatuan Insani menerima jemputan berbuka puasa anjuran kerajaan negeri pada 10hb, 17hb dan 24hb Ogos 2011 yang lalu sempena bulan Ramadan. Program ini khas untuk pimpinan negeri bersama OKU dari 4 buah persatuan OKU Kelantan bersama-sama menghayati majlis berbuka puasa.Khamis, Jun 09, 2011
Tiada Aktiviti seketika

Sehingga Jun ini, tiada aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Insani. Perkara ini berkaitan dengan sumber kewangan yang berkurangan sejak akhir ini. Walaupun usaha telah dibuat oleh pihak pentadbiran untuk menambah dana aktiviti tetapi hasilnya tidak begitu sukses.
Jumaat, April 01, 2011
Persidangan NGO-NGO Kelantan
Pada 29hb Mac 2011, Selasa, satu Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darul Naim. Ianya anjuran Jawatankuasa Modal Insan, Belia, Wanita & NGO Negeri Kelantan. Sabtu, Mac 19, 2011
Mesyuarat Agung Kali ke 12
Alhamdulillah, selesailah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 12 pada 19 Mac 2011. Mesyuarat ini telah diadakan di Bengkel Pemulihan OKU Kg Aur, Telong Bachok dan dihadiri 250 orang ahli.Sabtu, Mac 05, 2011
Maulidur Rasul 2011
Majlis ini disertai ahli-ahli berdekatan dan penduduk setempat yang sama-sama bergotong royong memasak dan sama-sama berselawat selepas solat Jumaat. Beberapa orang AJK yang berdekatan juga turut bermalam di rumah Ruzilawati untuk menyiapkan juadah dan memastikan program berjalan lancar.
Antara AJK yang turut hadir ialah Pengerusi, Wan Kamarulzaman, Naib Pengerusi, Abdul Hamid, Setiausaha, Mohd Razali, Penolong Bendahari, Zawadi Said, AJK kerja, Nik Raziah. Ziti Azlina dan Mohd Ramli.
Program Maulidur Rasul adalah program yang dijalankan secara bergilir-gilir kawasan. Ahli-ahli yang berminat untuk mengadakan program ini pada tahun di kawasan mereka bolehlah membuat permohonan kepada Setiausaha. Selain Maulidur Rasul, Memasak bubur Asyura, Majlis Silatulrahim (kemasukan ahli beramai-ramai) dan Nisfu Syaaban boleh dibuat permohonan untuk diadakan di kawasan ahli-ahli persatuan yang berminat.
Khamis, Februari 10, 2011
Latihan Pengurusan Kewangan
Tiga orang ahli Persatuan telah menyertai program anjuran FOMCA iaitu Latihan Pengurusan Kewangan di Rumah Anak Yatim, Kota Bharu pada 8 Feb 2011 yang lalu. Program ini berlangsung selama 3 jam yang dipenuhi dengan ceramah/bengkel cara-cara menguruskan kewangan.









































