•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Rabu, Jun 19, 2013

Walk With Me 2013

Persatuan Insan Istimewa Kelantan pada tahun ini tidak ketinggalan menyertai secara rasmi pertama kali program tahunan Walk With Me. Walk With Me tahun 2013 telah diadakan pada 13/6/2013 di Stadium Sultan Muhamad IV. Karnival Walkathon DiRaja ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.turut disertai Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Acara jalan kaki ini diadakan sejauh 4 kilometer melalui sekitar bandar Kota Bharu. Karnival ini berjalan selama 3 hari dengan pelbagai acara.

Persatuan Insani menghantar wakil seramai 40 orang ahli untuk memeriahkan program termasuk Pengerusi, Setiausaha dan AJK. Pada tahun hadapan Persatuan Insani merancang untuk menghantar penyertaan lebih ramai sebagai tanda sokongan kepada acara tahunan di Kelantan.
























Sabtu, Mei 11, 2013

Beberapa Aktiviti Masa Rehat Pengerusi

Pengerusi Persatuan Insani menggunakan masa rehatnya iaitu Jumaat dan Sabtu untuk menyertai aktiviti persatuan. Pada pagi Jumaat 10.5.2013 beliau sebagai Penasihat Kelab telah menghadiri Mesyuarat Kelab Sukan Paralimpik dan Reakreasi Insani yang diadakan di rumah Zawadi Said (AJK Kelab) di Semerak, Pasir Puteh. Mesyuarat tersebut turut dihadiri mantan Pengerusi Insani merangkap Penasihat III Persatuan iaitu En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor dan Mantan Setiausaha merangkap Penasihat Pentadbiran Persatuan,  Mohd Razali Md Din.

Mesyuarat Kelab Sukan Insani telah mencadangkan beberapa program sukan untuk diketengahkan dan seterusnya dijalankan.

Pada keesokan harinya, Pengerusi Insani bersama Setiausaha, Penasihat Pentadbiran dan AJK Skuad Cakna OKU, Ajimin telah melakukan lawatan ke beberapa buah rumah di samping menyampaikan sumbangan kepada ahli yang mmerlukan. Di Kampung Pintu Geng, seorang ahli iaitu Mohd Saimi telah disumbangkan sebuah kerusi roda. Pengerusi Insani juga meluangkan masa bertanya kabar ahli yang baru keluar wad hospital sambil menyampaikan sedikit sumbangan persatuan. Ahli tersebut ialah Zarina Mohamad. 

Turut menerima sumbangan ialah Zaki Hasan yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dengan Fatimah Haji Daud.

Semoga usaha Insani membantu ahli-ahli akan mendapat keredhaan dan berpanjangan keberkatannya termasuk para penderma dan penyumbang sumbangan kepada persatuan. Teruskan bantu kita untuk kita bantu mereka.
 









Ahad, April 14, 2013

OKU bantu OKU

Skuad Cakna OKU Persatuan Insan Istimewa Kelantan telah mengadakan projek gotong royong di sebuah rumah ahli di Kampung Raja, Panyit, Machang, Kelantan pada 13.4.2013.

Program ini adalah julung kali diadakan dan ianya akan dikekalkan untuk di masa akan datang. Program gotong royong ini diketuai oleh Pengerusi Persatuan Insani, Mohd Ramli Abdul Rahman dan dibantu oleh ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli.

Gotong royong ini diadakan hasil lawatan Pengerusi baru-baru ini yang mendapati ahli OKU yang terlantar ini memerlukan tandas yang lebih selesa dan bersih. Projek ini ditanggung seratus peratus dan ianya adalah hasil sumbangan para korperat dan orang persaorangan. 

Projek seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut keperluan ahli yang layak.




















Sabtu, April 13, 2013

Menyaksikan Perlawanan Bola

Beberapa program yang disertai oleh Persatuan Insani sepanjang beberapa minggu yang lalu. Antaranya menerima jemputan Kelab Penyokong Red Worrior menyaksikan Perlawanan Piala AFC. Perlawanan berlangsung pada 2 April 2013 yang lalu dan seramai 20 orang ahli Insani dipilih untuk menyertainya. Perlawanan pada malam itu antara Red Worrior dan SHB DA NANG dari Vietnam.
Ini adalah kali pertama persatuan Insani dijemput dan ditaja untuk menyaksikan perlawanan bola.