•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Sabtu, Julai 27, 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA 2013

Kerajaan negeri Kelantan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat dan Majlis Persefahaman Persatuan OKU Kelantan (MPPOK) pada 25hb Julai 2013 bersamaan 16 Ramadan 1434 H telah mengadakan Malis Berbuka Puasa Orang Kurang Upaya Bersama Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini berlangsung di Dewan MPKB Jubli Perak, berhampiran Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan.

Seramai 500 orang kurang upaya dari pelbagai persatuan dan 100 orang tetamu kerajaan negeri hadir pada majlis tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada OKU berbuka puasa bersama kepimpinan negeri dan merapatkan hubungan silatulrahim. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato Hj Ahmad Yakub dan turut dihadiri oleh YB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang turut bersama berjemaah solat Asar dan Maghrib bersama OKU.

Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Keuarga, Kebajikan da Kesejahteraan Rakyat, YB Hjh Mumtaz Md Nawi dalam ucapannya berharap hubungan yang akrab OKU dengan kerajaan akan sama-sama memangkinkan pembangunan negeri. OKU juga mempunyai peranannya dalam masyarakat. Beliau juga memaklumkan bahawa di bawah Kebajikan, akan ditubuhkan unit Pembangunan OKU. Setakat ini ada seorang pegawai dari MPPOK kalangan OKU telah mula bertugas di Urusetia Pembangunan Wanita bawah pengurusan kebajikan bahagian OKU sebagai staf sokongan.

Pada Majlis tersebut semua peserta diberikan sedikit sumbangan hari raya.





























Ahad, Julai 07, 2013

Kuliah Agama Mingguan INSANI

Menyedari keperluan OKU kepada ilmu-ilmu bersifat keagamaan, Persatuan Insani menerusi cetusan idea Pengerusi dan Setiausaha telah sepakat bersama 
Jawatankuasa untuk mengadakan kelas agama mingguan yang dinamakan Kuliah Agama Mingguan. 
Kelas Agama Mingguan ini diadakan di sebuah Masjid persendirian milik keluarga Tuan Ismail di Taman Al-Barakah, Kampung Tasik, Selising, Pasir Puteh, kelantan. Ianya diadakan setiap hari Sabtu jam 12.00 tengahari dan diakhiri dengan solat Zohor berjemaah. Semua ahli-ahli Insani dan penduduk tempatan dijemput hadir untuk memakmurkan dan memeriahkan majlis ilmu ini. 
Kuliah ini dibimbing oleh Ustaz Saipudin dan Tuan Ismail sendiri. Diharapkan Kelas Agama Mingguan ini mendapat sokongan dari semua pihak terutama ahli-ahli Insani. Kita bukan sahaja mengejar ilmu dunia tetapi juga ilmu akhirat yang menjadi keutamaan. 







Rabu, Jun 19, 2013

Walk With Me 2013

Persatuan Insan Istimewa Kelantan pada tahun ini tidak ketinggalan menyertai secara rasmi pertama kali program tahunan Walk With Me. Walk With Me tahun 2013 telah diadakan pada 13/6/2013 di Stadium Sultan Muhamad IV. Karnival Walkathon DiRaja ini dianjurkan oleh Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan Al-Muhammadi.turut disertai Sultan Kelantan Sultan Muhammad V. Acara jalan kaki ini diadakan sejauh 4 kilometer melalui sekitar bandar Kota Bharu. Karnival ini berjalan selama 3 hari dengan pelbagai acara.

Persatuan Insani menghantar wakil seramai 40 orang ahli untuk memeriahkan program termasuk Pengerusi, Setiausaha dan AJK. Pada tahun hadapan Persatuan Insani merancang untuk menghantar penyertaan lebih ramai sebagai tanda sokongan kepada acara tahunan di Kelantan.
























Sabtu, Mei 11, 2013

Beberapa Aktiviti Masa Rehat Pengerusi

Pengerusi Persatuan Insani menggunakan masa rehatnya iaitu Jumaat dan Sabtu untuk menyertai aktiviti persatuan. Pada pagi Jumaat 10.5.2013 beliau sebagai Penasihat Kelab telah menghadiri Mesyuarat Kelab Sukan Paralimpik dan Reakreasi Insani yang diadakan di rumah Zawadi Said (AJK Kelab) di Semerak, Pasir Puteh. Mesyuarat tersebut turut dihadiri mantan Pengerusi Insani merangkap Penasihat III Persatuan iaitu En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor dan Mantan Setiausaha merangkap Penasihat Pentadbiran Persatuan,  Mohd Razali Md Din.

Mesyuarat Kelab Sukan Insani telah mencadangkan beberapa program sukan untuk diketengahkan dan seterusnya dijalankan.

Pada keesokan harinya, Pengerusi Insani bersama Setiausaha, Penasihat Pentadbiran dan AJK Skuad Cakna OKU, Ajimin telah melakukan lawatan ke beberapa buah rumah di samping menyampaikan sumbangan kepada ahli yang mmerlukan. Di Kampung Pintu Geng, seorang ahli iaitu Mohd Saimi telah disumbangkan sebuah kerusi roda. Pengerusi Insani juga meluangkan masa bertanya kabar ahli yang baru keluar wad hospital sambil menyampaikan sedikit sumbangan persatuan. Ahli tersebut ialah Zarina Mohamad. 

Turut menerima sumbangan ialah Zaki Hasan yang telah mendirikan rumahtangga baru-baru ini dengan Fatimah Haji Daud.

Semoga usaha Insani membantu ahli-ahli akan mendapat keredhaan dan berpanjangan keberkatannya termasuk para penderma dan penyumbang sumbangan kepada persatuan. Teruskan bantu kita untuk kita bantu mereka.