•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Januari 27, 2009

MA10 Dan Yuran Keahlian

Persatuan INSANI telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa kali pertama tahun 2009 pada 16 Januari yang lalu di rumah Pengerusi, Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor. Dalam mesyuarat itu beberapa keputusan dibuat untuk tahun 2009.

Cadangan dari para AJK supaya Mesyuarat Agung ke 10(MA10) diadakan di sebuah resort di Tok Bali tetapi jika keupayaan kewangan persatuan tidak mampu, alternatifnya ialah di Gelanggang Seni. Naib Pengerusi (Sharifah Raudzah), Setiausaha (Mohd Razali), Bendahari (Che Suhana), Pen. Bendahari(Zawadi) dan AJK Mohd Kamaruddin telah meninjau resort yang dicadangkan. Keputusan akan dibuat samada jadi atau tidak Mesyuarat Agung dilaksanakan di resort berkenaan. Satu mesyuarat jawatankuasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini.

Cuma apa yang ingin ditekankan di sini, semua ahli yang belum menjelaskan yuran RM2.00 setahun hendaklah menjelaskannya sebelum MA10. Memang masih ramai yang belum menjelaskan yuran bahkan ada yang lebih tiga tahun tidak membayar yuran. Kelonggaran diberikan memandangkan ramai juga yang hendak membayar tetapi kesukaran untuk menyampaikan wang tersebut menjadi penghalang.

Cadangan juga dibuat tahun ini supaya Hari Keluarga dibuat lebih awal dan berkemungkinan akan bergabung dengan PDK Insani.

Mesyuarat juga memohon ahli-ahli yang meminjam menerusi Tabung INSANI hendaklah menjelaskan hutang mereka kerana tempoh enam bulan yang diberikan sebagai syarat pinjaman telah tamat kesemuanya. Jika mereka tidak menjelaskan hutang tersebut, peluang untuk diberikan kepada orang lain tertutup. Sedangkan ahli lain mungkin lebih memerlukan.

Lain-lain cadangan ialah; Program Silatulrahim di Kuala Pertang, Maulidur Rasul, Majlis Hari Raya, mengadakan kursus membaiki motorsikal dan lain-lain yang akan menyusul kemudian.

<><>

Jumaat, Januari 09, 2009

Tabung Berdikari

Salam 2009!
Nampaknya kita sudah masuk ke tahun 2009. Tahun ini Mesyuarat Agung mungkin akan diadakan pada bulan Mac seperti lazimnya. Tetapi tahun ini tidak ada pemilihan. Cuma mesyuarat bagi membentangkan penyata tahunan. Nanti Setiausaha akan mengirimkan surat untuk makluman berkenaan Mesyuarat Agung tersebut. Cuma yang penting, mana-mana ahli yang belum membayar yuran-yuran yang lepas diminta menjelaskannya sebelum mesyuarat bermula. Bayaran boleh dibuat kepada mana-mana AJK atau terus menghubungi Setiausaha Insani- en. Mohd Razali Md Din melalui e-mail: insani583@gmail.com atau razalidin62@yahoo.com

Kami memohon maaf kerana tahun 2008 yang lepas tidak ada program Bantuan Awal Persekolahan untuk anak ahli kerana kegagalan mendapatkan sumbangan, mungkin kelewatan program dilaksanakan. Insya Allah tahun 2009 ini Jawatankuasa akan bermula awal untuk semua program.

Untuk pengetahuan semua ahli, Persatuan Insani sekarang sedang mengumpul dana untuk membantu ahli-ahli yang hendak berniaga atau sudah berniaga. Serentak dengan itu juga kami pihak Jawatankuasa Persatuan Insani mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan dari semua pihak untuk tabung ini.

Sebarang sumbangan bolehlah menggunakan cek berpalang atas nama:
Persatuan Insan Istimewa Kelantan.

atau atas nama

Tabung Berdikari Insan Istimewa.

Sekian untuk makluman semua ahli.

()()()()()()()()()()()()()()

Ahad, November 23, 2008

MEMOHON BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN (2)

Salam Bahagia kepada para Dermawan yang budiman.
>
Kami pihak Jawatankuasa sekali lagi memohon jasa baik, Dato' Seri / Datin Seri / Dato' / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik agar dapat menyumbangkan sebarang sumbangan untuk kami mengumpul dana bagi membantu ahli-ahli yang mempunyai anak bersekolah pada tahun 2009.
>
Keperitan hidup ahli-ahli OKU yang memerlukan bantuan ini sangatlah kami prihatin. Justeru, kepada semua yang ada sedikit kelebihan wang ringgit dan harta benda dapatlah kiranya menyumbangkan kepada tabung persatuan untuk kami agih-agihkan kepada mereka yang layak. Mudah-mudahan masalah perbelanjaan awal tahun bagi menguruskan persekolahan anak-anak tidak membebankan.
>
Kepada yang sudi bolehlah memberi sumbangan sama ada melalui cek berpalang atas nama:
Persatuan Insan Istimewa Kelantan
<>
Atau
Pembayaran wang tunai melalui bank, sila gunakan akaun Persatuan iaitu:
<>
No. Akaun: 03-045-01-001217-4
(Bank Islam Malaysia Berhad)
Hantarkan cek atau slip borang masuk kepada:
URUSETIA BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 09,
LOT 441, LORONG HJ. WAN YAACOB,
JALAN SEK KEB. LUNDANG,
15150 KOTA BHARU, KELANTAN.
<>
Segala keprihatinan kalian semua kepada usaha kami untuk membantu mereka yang dhaif dan miskin, kami panjatkan doa agar kita semua mendapat keredhaan Allah s.w.t dan dimurahkan rezeki yang berkat berpanjangan.
>
Sekian. Terima kasih...............

Ahad, November 16, 2008

Foto Jawatankuasa INSANI 2008-2009

Pengerusi - En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor
Naib Pengerusi - Pn. Sharifah Raudzah Syed Akil

Setiausaha - En. Mohd Razali Md Din
Penolong Setiausaha - Azuhan Yaacob


Bendahari - Che Suhana Che Omar

Penolong Bendahari - En. Zawadi Said

AJK - En. Kamaruddin Ibrahim
(LAIN-LAIN AJK BELUM ADA FOTO.......Akan datang...)

Jumaat, Oktober 31, 2008

MEMOHON BANTUAN PERSEKOLAHAN 09

Sukacita dimaklumkan bahawa kami dari Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI) adalah sebuah persatuan yang ditubuhkan bagi membela dan menjaga kebajikan Orang-Orang Kurang Upaya (OKU) pelbagai kecacatan seluruh negeri Kelantan.
***
Tujuan hebahan ini, kami memohon jasa baik Dato’/ Datin/ Tuan / Puan untuk mendapatkan sumbangan bertujuan mengumpul dana bagi memberi Bantuan Awal Persekolahan kepada anak-anak ahli yang kurang berkemampuan pada tahun 2009 nanti.
***
Justeru kami merayu dan memohon daripada pihak Dato’/ Datin/ Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit bantuan dan sumbangan bagi membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.
***
Sesungguhnya kerjasama dan keprihatinan semua pihak, kami terlebih dahulu diucapkan terima kasih dan Allah s.w.t jua yang membalasnya, insyaallah.
***
Segala sokongan / sumbangan dan tajaan majlis/ruangan penghargaan dalam buku program pada majlis tersebut yang dijadualkan akan diadakan pada 27 Disember 2008 bolehlah dibuat melalui cek berpalang atas nama:

Persatuan Insan Istimewa Kelantan.

<*><*>
Pembayaran wang tunai melalui bank, sila gunakan akaun Persatuan iaitu:
""""""""
No. Akaun: 03-045-01-001217-4
(Bank Islam Malaysia Berhad)

<><><>
dan dihantarkan cek atau slip borang wang masuk ke alamat di bawah:
URUSETIA BANTUAN PERSEKOLAHAN INSANI 09,
LOT 441, LORONG HJ. WAN YAACOB,
JALAN SEK. KEB. LUNDANG,
15150 KOTA BHARU, KELANTAN.
><><><

Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan 2008 yang laluPenyampaian bantuan am kepada ahli
*******



..................Bantulah kami untuk kami bantu mereka...............
******
****
**
*

JAWATANKUASA INSANI SESI 2008-2010

Pengerusi Persatuan INSANI iaitu En. Wan Kamarulzaman bin Wan Mohd Nor adalah seorang OKU anggota. Menjawat Jawatan Pengerusi sejak 2004. Beliau bekerja sebagai Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kota Bharu.
...
Naib Pengerusi iaitu Pn. Sharifah Raudzah Syed Akil juga seorang OKU anggota. Beliau adalah atlet OKU peringkat Kebangsaan dan antarabangsa sepenuh masa dalam acara Angkat Berat (Power Lifting).
....
Setiausaha Persatuan INSANI ialah En. Mohd Razali bin Md Din. Beliau cacat anggota adalah salah seorang pengasas utama persatuan ini. Tinggal di Machang dan kerja sebagai Peniaga.
....
En. Azuhan Yaacob selaku Penolong Setiausaha berasal dari Kuala Gris, Kuala Krai. Bekerja di Bengkel Kampung Aur dalam bidang perabut. Beliau juga OKU anggota dan bergiat cergas dalam bidang sukan OKU.
....
Pn. Che Suhana Che Omar dilantik sebagai Bendahari adalah seorang OKU anggota yang juga aktif dalam bidang sukan OKU. Berniaga dalam bidang pembuatan makanan di Bachok.
....
Penolong Bendahari ialah En. Zawadi Said. Atlet OKU yang juga aktif kini tinggal di Semerak Pasir Puteh menjalankan kerja-kerja menjahit pakaian lelaki dan wanita.
....
Ahli Jawatankuasa terdiri daripada: En. Mohd Kamaruddin Ibrahim, Abdul Hamid Ibrahim, Pn. Masliza Che Mohamed, En. Mohd Farizhol Juhari, En. Yusoh Ibrahim, En. Nor Sabri Abu Bakar, En. Mohd Roslin Ariffin dan En. Burhan Aziz.

Khamis, Oktober 30, 2008

Salam Insani

Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog.
Blog Persatuan Insan Istimewa Kelantan atau ringkas INSANI adalah satu blog yang dibangunkan oleh Setiausaha INSANI dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa untuk memberi maklumat persatuan kepada semua dan mendapatkan maklumat dari semua pihak juga yang hanya berkaitan NGO.
Persatuan INSANI ditubuhkan pada 22 Mei 2000 di Pulai Chondong Kelantan. Nombor pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ialah 583. Persatuan INSANI adalah satu persatuan yang ditubuhkan oleh Insan Istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan menjaga, membela, memberi khidmat kebajikan, sukan, kesenian, dan lain-lain yang berkaitan kepada semua OKU pelbagai kategori.
Keahlian Persatuan INSANI terbuka kepada semua berasal dari Kelantan atau yang tinggal di negeri Kelantan atau berketurunan Kelantan atau sebab bertalian berkahwin dengan orang Kelantan. Keahlian Bersekutu terbuka kepada semua umat manusia di alam fana ini......
Demikian bicara pengenalan untuk sementara waktu.....