•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Rabu, September 16, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Persatuan Insani mendapat dua undangan Majlis Berbuka Puasa iaitu dari Kerajaan Negeri Kelantan dan Open University Malaysia Cawangan Kelantan. Seramai 100 orang ahli menghadiri kedua majlis tersebut.

Open University cawangan Kelantan tmenjemput seramai 50 orang ahli Insani untuk diraikan dalam majlis Berbuka Puasa di kampus OUM cawangan Kelantan di Lundang, Kota Bharu. Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Conselor dan Pengarah OUM Cawangan Kelantan. Ustaz Hj. Mohd Nawi, mantan Penasihat Persatuan Insani menyampaikan Takzirah sebelum menjelang waktu berbuka puasa.















Majlis Berbuka Puasa anjuran Kerajaan Negeri dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan diadakan pada 13 September 2009 di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Majlis ini turut dihadiri YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan exco-exco kerajaan negeri. Antaranya Dato' Hj. Husam Musa. Pengarah JKM Kelantan, Yabrs. En. Md Noor Chik, staf-staf JKM dan Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor serta barisan AJK Insani turut hadir menyerikan majlis.

YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan turut menyampaikan tazkirah setengah jam sebelum waktu berbuka.













Sabtu, Ogos 22, 2009

Lawatan Ke Rumah Ahli

Program Lawatan Ke Rumah Ahli adalah program tetap setiap tahun yang diadakan bagi meninjau masalah ahli-ahli. Program ini melibatkan beberapa daerah yang terpilih. Begitu juga jika ada ahli-ahli yang ditimpa musibah, pihak jawatankuasa akan berkunjung untuk bertanya kabar dan menyampaikan sedikit sumbangan saguhati.

Pada tahun ini kebetulannya ada pihak yang sudi menderma beras, maka sepanjang lawatan ke rumah ahli, Jawatankuasa juga mengagih-agihkan beras kepada ahli yang terpilih berdasarkan kemampuannya.


Setiausaha menyampaikan sumbangan saguhati kepada Abdul Rahman Awang yang menerima bencana rumah ditimpa dahan pokok durian.

Wakil Kawasan Dabung menyampaikan sumbangan semasa lawatan ke rumah ahli di Dabung.

Sekian.

Selasa, Mei 19, 2009

Seminar Menjana Ummah Gemilang & Penghayatan Islam OKU

Seminar ini adalah anjuran Bahagian Dakwah JAKIM yang diadakan pada 17 Mei 2009 di Dewan Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, Kota Bharu Kelantan. Seramai 150 orang peserta dijemput menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan OKU di Negeri Kelantan seperti Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI), Persatuan Orang cacat Penglihatan Islam Kelantan (PERTIS), dan Persatuan Orang Cacat Anggota Cawangan Kelantan (POCAM).

Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg. Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir dan memberi ucapan alu-aluan ialah Timbalan Pengarah I JKMN Kelantan , Ybrs. En. Che Ngah Ismail.

Seminar ini sangat baik untuk memberi kesedaran dan penghayatan kepada OKU tentang kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.






Semoga seminar berbentuk majlis ilmu seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.......

Majlis Silatulrahim

Majlis Silatulrahim & Kemasukan Ahli Baru telah diadakan pada 16 Mei 2009 di rumah Kak Soh (Selamah) bertempat Kg. Pondok Hj. Husin, Geting, Tumpat Kelantan. Majlis diadakan secara sederhana sahaja yang mana dihadiri penduduk setempat dan beberapa orang ahli Jawatankuasa.

Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor yang turut hadir telah merasmikan majlis yang pertama kali diadakan di daerah Tumpat. Lain-lain jawatankuasa yang hadir ialah Setiausaha En. Mohd Razali Md Din, Bendahari Pn. Che Suhana Che Omar, AJK Pn. Masliza Che Mohamed, AJK Cik Nik Raziah Nik Wel dan Wakil Kawasan En. Wan Hamid.

Dalam ucapannya, Pengerusi Insani berharap ahli-ahli dapat memberi sokongan dan menjadikan persatuan satu tempat untuk mengemukakan sebarang masalah. Semua masalah akan cuba diselesaikan asalkan ahli-ahli menyampaikan hasrat mereka. Persatuan akan menolong sekadar yang mampu. Jika ada apa-apa yang perlu dirujuk, persatuan akan merujuk kes ahli kepada pihak yang berkenaan.

Tujuan utama majlis seumpama ini ialah untuk mempromosikan persatuan kepada masyarakat dan penerimaan ahli-ahli baru secara berkumpulan. Seramai 11 orang ahli baru berdaftar dengan persatuan pada hari tersebut.

Pihak persatuan berharap ada kawasan-kawasan lain turut menjemput persatuan untuk mengadakan majlis seumpama ini di masa hadapan.




Sabtu, Mei 09, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-3/09

Jawatankuasa Insani telah mengadakan mesyuarat pada 8 Mei 2009 di rumah Pengerusi Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor di Kg. Lundang, Kota Bharu Kelantan. Seramai 10 orang AJK hadir untuk tujuan tersebut yang diadakan secara sederhana di situ.




Antara keputusan yang diambil:


1. Majlis Silatulrahim dan Kemasukan Ahli Beramai-ramai akan diadakan di Tumpat pada 23 Mei 2009. Majlis yang sepatutnya di adakan di Kuala Pertang diKIV.


2. Hari Keluarga akan diadakan sebelum bulan puasa. Untuk pertama kali Pemegang Jawatan Utama tidak menjadi Ketua Program. Azuhan Yaacob (Pen. S/U) dilantik menjadi Ketua Program.


3. Kelab Sukan diperkasakan dengan pelantikan Ketua Kelab Sukan Baru iaitu Azuhan Yaacob menggantikan Pn. Sharifah Raudzah yang mengikuti latihan sukan sepenuh masa di MSN. Azuhan Yaacob akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat untuk memilih Ahli Jawatankuasa kecil yang baru.



Majlis penyerahan tugas Ketua Kelab Sukan yang diadakan secara ringkas. Mohd Kamaruddin (Kanan) mewakili Sharifah Raudzah menyerahkan dokumen Kelab Sukan kepada Azuhan Yaacob (Berbaju merah) disaksikan oleh Pengerusi Persatuan INSANI (Tengah).

Semoga Kelab Sukan akan terus maju dan suksess!!

Ahad, Mac 01, 2009

Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan MAI-10

Tarikh 28 Feb 2009 - Berlangsungnya Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan serentak dengan itu Mesyuarat Agung Persatuan Insan Istimewa Kelantan kali ke 10 (MAI-10) juga diadakan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh wakil Pengarah JKM Kelantan iaitu Timbalannya En. Che Ngah.

Lebih 300 orang hadir dalam majlis itu yang diadakan di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan.

Tabung OKU Berdikari adalah satu bentuk dana yang dikumpulkan dari sumbangan para dermawan dan diberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan untuk berdikari sama ada berniaga atau menjalankan projek pertanian.

Sesungguhnya ianya adalah satu usaha bakti persatuan untuk melihat ahli-ahlinya mampu berdikari dan mendapatkan rezeki.

Justeru itu kami menyeru kepada semua warga Malaysia yang prihatin dan ada kemampuan supaya menderma kepada tabung ini atas nama : Tabung OKU Berdikari atau atas nama Persatuan Insan Istimewa Kelantan

Sama-samalah kita bantu mereka yang memerlukan agar mereka juga mampu hidup seperti insan yang lain.

Manakala MAI-10 berjalan lancar dengan 20 usul dikemukakan dan dibahas.