Alhamdulillah, selesailah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 12 pada 19 Mac 2011. Mesyuarat ini telah diadakan di Bengkel Pemulihan OKU Kg Aur, Telong Bachok dan dihadiri 250 orang ahli.•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.
Sabtu, Mac 19, 2011
Mesyuarat Agung Kali ke 12
Alhamdulillah, selesailah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 12 pada 19 Mac 2011. Mesyuarat ini telah diadakan di Bengkel Pemulihan OKU Kg Aur, Telong Bachok dan dihadiri 250 orang ahli.Sabtu, Mac 05, 2011
Maulidur Rasul 2011
Majlis ini disertai ahli-ahli berdekatan dan penduduk setempat yang sama-sama bergotong royong memasak dan sama-sama berselawat selepas solat Jumaat. Beberapa orang AJK yang berdekatan juga turut bermalam di rumah Ruzilawati untuk menyiapkan juadah dan memastikan program berjalan lancar.
Antara AJK yang turut hadir ialah Pengerusi, Wan Kamarulzaman, Naib Pengerusi, Abdul Hamid, Setiausaha, Mohd Razali, Penolong Bendahari, Zawadi Said, AJK kerja, Nik Raziah. Ziti Azlina dan Mohd Ramli.
Program Maulidur Rasul adalah program yang dijalankan secara bergilir-gilir kawasan. Ahli-ahli yang berminat untuk mengadakan program ini pada tahun di kawasan mereka bolehlah membuat permohonan kepada Setiausaha. Selain Maulidur Rasul, Memasak bubur Asyura, Majlis Silatulrahim (kemasukan ahli beramai-ramai) dan Nisfu Syaaban boleh dibuat permohonan untuk diadakan di kawasan ahli-ahli persatuan yang berminat.
Khamis, Februari 10, 2011
Latihan Pengurusan Kewangan
Tiga orang ahli Persatuan telah menyertai program anjuran FOMCA iaitu Latihan Pengurusan Kewangan di Rumah Anak Yatim, Kota Bharu pada 8 Feb 2011 yang lalu. Program ini berlangsung selama 3 jam yang dipenuhi dengan ceramah/bengkel cara-cara menguruskan kewangan. Ahad, Januari 02, 2011
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan
Persatuan Insani sebagaimana biasa menyempurnakan program Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan kepada ahli-ahli yang terpilih. Penyampaian bantuan itu diadakan pada 30hb. Disember 2010 yang lalu di sebuah premis berdekatan dengan rumah Pengerusi iaitu di Lundang, Kota Bharu.Majlis Asyura 2010
Pada 25.12.2010 yang lalu, satu program memasak bubur Asyura telah diadakan di rumah salah seorang ahli di Kg. Padang Selising berhampiran pejabat persatuan. Program sempena bulan Muharram ini membabitkan dua kawah bubur Asyura yang dimasak secara bergotong royong antara ahli-ahli persatuan, ahli-ahli nersekutu dan penduduk kampung.




















































