•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Mac 28, 2010

Mesyuarat Agung Kali ke 11


Mesyuarat Agung Insani kali ke 11 telah diadakan di Bengkel Kampung Aur pada 20hb Mac 2010 yang lalu. Mesyuarat agung tahunan setahun sekali itu dihadiri oleh 200 orang ahli. Dalam mesyuarat kali ini pemilihan jawatankuasa baru sesi 2010 - 2012 telah diadakan dan semua calon menang tanpa bertanding.

Pada mesyuarat kali ini, saguhati kepada ahli dan anak ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM telah diberikan mengikut bilangan 'A'. Selain dari itu, bantuan warga emas turut diadakan. Seramai 6 orang warga emas diberikan sumbangan kewangan.

Serentak dengan itu juga, pelancaran tabung Kebajikan Pendidikan OKU telah dilancarkan. Tujuan tabung ini ialah untuk membantu ahli atau anak ahli dalam bidang pendidikan.

Pengerusi Persatuan Insani, En. Wan kamarulzaman berkata, sokongan ahli-ahli dalam menjayakan setiap program amatlah dialu-alukan. Beliau juga berharap ahli-ahli sentiasa hadir dalam setiaprogram diadakan agar persatuan sentiasa aktif. Beliau yang mengekalkan jawatan untuk penggal ke empat turut menyampaikan sumbangan kepada penerima sumbangan.

Majlis juga diserikan nyanyian oleh Syed Din ketika mesyuarat berhenti rehat. Syed Din adalah ahli insani yang sangat berbakat dalam bidang nyanyian.

Mesyuarat kali ini ditangguhkan pada jam 1 tengahari. Selepas itu, acara cabutan bertuah diadakan sebagai ole-ole untuk ahli insani yang setia hadir ke mesyuarat. Sebanyak 50 hadiah cabutan bertuah disediakan.














Khamis, Mac 18, 2010

MAKLUMAN MESYUARAT AGUNG INSANI

Untuk perhatian kepada semua ahli INSANI} Mesyuarat Agung Persatuan Insan Istimewa Kelantan kali ke 11 akan diadakan di Bengkel Kampung Aur, Bachok pada tarikh: 20hb. Mac 2010- Sabtu.

Tanggungjawab ahli menghadiri mesyuarat tersebut. Notis jemputan mesyuarat sudah dihantar. Yuran tahunan RM2.00 hendaklah dijelaskan sebelum masuk mesyuarat.

Mana-mana ahli yang mempunyai anak dan mendapat keputusan peperiksaan UPSR, PMR dan SPM serta SPM cemerlang layak mendapat sumbangan. Kelayakannya sekurang-kurang satu A.
Sila hubungi Setiausaha untuk maklumat lanjut.

Harap semua datang.