•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN

(1) Keahlian terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang tinggal di Kelantan atau berasal dari Kelantan tanpa mengira jantina yang telah mencapai umur 18 tahun ke atas dan yang berumur kurang dari 18 tahun (10 tahun ke atas) mestilah mendapat kebenaran bertulis dari ibu bapa atau penjaga. Terdapat 2 kategori keahlian : 

1.1. Ahli Biasa
Ahli Biasa ialah mereka yang tergolong dalam golongan kurang upaya / cacat sama ada cacat anggota, penglihatan, pendengaran, percakapan, bisu, down sindrom, spastik, lemah akal, lembab pembelajaran, orang-orang tua kurang upaya (lumpuh yang disahkan kekal / uzur yang tidak ada harapan sembuh), atau lain-lain yang layak dikategorikan kurang upaya. Ahli keluarga Orang Kurang Upaya yang terdekat yang masih bersama atau masih hidup iaitu anak / isteri / suami / ibu / ayah adalah termasuk dalam kategori ahli biasa apabila menjadi ahli persatuan.

1.2. Ahli Bersekutu
Ahli Bersekutu ialah mereka yang tidak cacat atau yang tidak mempunyai ahli keluarga terdekat cacat sebagaimana perkara 1.1 di Kelantan boleh juga menjadi ahli tetapi sebagai ahli bersekutu iaitu sahabat yang menyokong persatuan.

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Anak-anak ahli yang cacat yang belum mencapai umur 10 tahun semasa ahli keluarganya menjadi ahli, boleh menjadi ahli biasa persatuan setelah cukup umur 10 tahun dengan syarat ahli keluarganya membuat permohonan dengan mengisi borang keahlian dan yuran pendaftaran tidak perlu dibayar kecuali yuran tahunan.

(4) Pemohon yang diluluskan permohonannya mestilah membayar bayaran pendaftaran dan yuran tahun pertama yang dikenakan kepada ahli-ahli Persatuan ini. Setelah itu barulah dia diterima menjadi ahli Persatuan dan berhaklah dia sebagai ahli yang mematuhi segala undang-undang Persatuan.

(5) Seorang pelajar Universiti atau Kolej Universiti tidak boleh diterima menjadi ahli Persatuan ini kecuali ia telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor Universiti yang berkenaan.


YURAN KEAHLIAN

(1) Bayaran yuran yang perlu dibayar adalah seperti berikut:

Ahli Istimewa
Yuran masuk : RM 4.00 
Yuran Tahunan : RM 3.00

Ahli Bersekutu 
Yuran masuk : RM 3.00
Yuran tahunan : RM 2.00 

Ahli Seumur Hidup
Yuran : RM50.00