•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Khamis, Disember 03, 2009

TABUNG OKU BERDIKARI & BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Persatuan Insani membuka peluang untuk ahli-ahli yang berniaga mendapatkan dana dari Tabung OKU Berdikari yang dibuka mulai 1 Disember 2009. Serentak dengan itu juga, borang Bantuan Awal Persekolahan diedarkan.

Semua ahli-ahli telah diberitahu melalui surat. Syarat untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan ialah ahli yang mempunyai anak lebih dua orang yang bersekolah. Manakala pendapatan ahli tidak melebih RM1000.00. Ahli juga hendaklah dikategorikan miskin. Pemilihan yang layak untuk Bantuan Awal Persekolahan ini dibuat oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Insani - En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor.

Syarat-syarat kelayakan untuk Tabung OKU Berdikari ada disertakan dalam surat. Antara syaratnya ialah mesti dalam kumpulan lima orang.

Mudah-mudahan apa yang disumbangkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk ahli.

Isnin, Oktober 26, 2009

MENYERTAI PROGRAM KERJAYA OKU....

Seramai lima orang ahli jawatankuasa Insani diundang menyertai Program Kerjaya OKU, Usahawan Wanita dan Homeworking anjuran Jabatan Tenaga Kerja Negeri Kelantan di Kelantan Trade Centre.

Ahli Jawatankuasa Insani yang hadir ialah En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor, En. Mohd Razali Md Din, En. Azuhan Yaacob, En. Zawadi Said dan En. Mohd Farizhol Juhari.

Program berupa seminar ini juga dihadiri oleh penerima Bantuan Skim Galakan Perniagaan OKU yang lalu dan Penerima baru yang pada hari tersebut iaitu seramai 14 orang.

Majlis pelancaran program ini disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung iaitu Tn. Hj. Sabri Md Sabri Hj. Karmani.











Rabu, Oktober 21, 2009

Hari Keluarga & Majlis Hari Raya Insani 09

Persatuan Insani telah mengadakan Program tahunannya iaitu Hari Keluarga Dan Majlis Hari Raya yang diadakan serentak pada 16 dan 17 bulan Oktober 2009. Program ini diadakan dengan tujuan merapatkan silatulrahim dan meraikan majlis Hari Raya.

Program bermula ptang 16hb dan berakhir petang 17hb. Pada petang 16hb, seramai 15 keluarga menginap di chalet yang ditempah khas. Malam tersebut diadakan acara BBQ dan mini cabutan Bertuah.

Kehadiran tahun ini agak memberangsangkan walaupun promosi untuknya dikurangkan. Bahkan jangkaan awal hanya 200 orang ternyata eleset apabila pada 17hb, seramai 300 orang berada di tapak program yang diadakan di sebuah kawasan Chalet di Pantai Melawi.

Kesempatan ini pihak jawatankuasa program yang diketuai oleh En. Mohd Razali Md Din memohon maaf jika terdapat kekurangan dalam menggendalikan program terutama dari segi persediaan makanan yang agak tidak mencukupi kerana kehadiran yang begitu ramai....

Semoga kesilapan ini akan dapat diperbaiki pada masa akan datang..... Ok. Saksikan bebrapa foto ketika program berlangsung.....




























Jumaat, Oktober 09, 2009

Mesyuarat AJK ke 4.

PERSATUAN INSAN ISTIMEWA KELANTAN AKAN MENGADAKAN HARI KELUARGA DAN MAJLIS HARI RAYA PADA 16HB. DAN 17HB OKTOBER 2009. PERSETUJUAN DICAPAI DALAM MESYUARAT AJK KALI KE 4 DI TOK BALI YANG DIHADIRI SEMUA AJK.



MESYUARAT JUGA BERSETUJU HARI KELUARGA DIADAKAN BERMULA 16HB DAN PADA 17HB. AKAN DIADAKAN MAJLIS HARI RAYA. MANA-MANA AHLI YANG BERMINAT MENYERTAI PROGRAM INI SILA HUBUNGI SETIAUSAHA PERSATUAN. WALAUBAGAIMANAPUN SURAT MENGHEBAHKAN PROGRAM INI TELAHPUN DIHANTAR.....



SERENTAK DENGAN ITU PERSATUAN INSANI MEMOHON JASA BAIK SEMUA PIHAK YANG MEMBACA BLOG INI AGAR DAPAT TAMPIL MENYUMBANG APA JUA SUMBANGAN UNTUK MENJAYAKAN MAJLIS HARI RAYA TERUTAMANYA KERANA MAJLIS ITU AMAT BERMAKNA BAGI AHLI-AHLI MENJALINKAN HUBUNGAN SILATULRAHIM.....



KEPADA YANG SUDI MENYUMBANG SILA HUBUNGI SETIAUSAHA INSANI 013-9238931 ATAU E-MAILKAN KE ALAMAT PERSATUAN INSANI. SEMOGA.



Rabu, September 16, 2009

Majlis Berbuka Puasa

Persatuan Insani mendapat dua undangan Majlis Berbuka Puasa iaitu dari Kerajaan Negeri Kelantan dan Open University Malaysia Cawangan Kelantan. Seramai 100 orang ahli menghadiri kedua majlis tersebut.

Open University cawangan Kelantan tmenjemput seramai 50 orang ahli Insani untuk diraikan dalam majlis Berbuka Puasa di kampus OUM cawangan Kelantan di Lundang, Kota Bharu. Majlis diserikan dengan kehadiran Naib Conselor dan Pengarah OUM Cawangan Kelantan. Ustaz Hj. Mohd Nawi, mantan Penasihat Persatuan Insani menyampaikan Takzirah sebelum menjelang waktu berbuka puasa.















Majlis Berbuka Puasa anjuran Kerajaan Negeri dengan Kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan diadakan pada 13 September 2009 di Dewan Teratai, Kota Darul Naim, Kota Bharu.

Majlis ini turut dihadiri YAB Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dan exco-exco kerajaan negeri. Antaranya Dato' Hj. Husam Musa. Pengarah JKM Kelantan, Yabrs. En. Md Noor Chik, staf-staf JKM dan Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor serta barisan AJK Insani turut hadir menyerikan majlis.

YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan turut menyampaikan tazkirah setengah jam sebelum waktu berbuka.