•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, September 25, 2011

Jemputan Majlis Hari raya Astro

Persatuan Insani menerima jemputan seramai 100 orangg untuk menyertai Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri anjuran stesen penyiaran Astro. Majlis diadakan pada 23.9.2011 di Padang Yayasan Islam Kelantan di Nilam Puri bermula jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Mengikut rancangan awal, Menteri Besar akan hadir tetapi atas masalah kesihatan, tempat beliau diganti oleh YB Nasarudin (Speaker Undangan Negeri Kelantan).

Seramai 1200 orang termasuk anak-anak yatim diraikan bersama. Majlis menghidangkan pelbagai juadah, seperti nasi beriani, lontong, soto, kueh mueh, ketupat lemang dan sebagainya.

Turut hadir ialah Pengerusi, Naib Pengerusi dan Setiausaha Persatuan Insani.










Sabtu, Ogos 27, 2011

Majlis Berbuka Puasa 2011

Persatuan Insani menerima jemputan berbuka puasa anjuran kerajaan negeri pada 10hb, 17hb dan 24hb Ogos 2011 yang lalu sempena bulan Ramadan. Program ini khas untuk pimpinan negeri bersama OKU dari 4 buah persatuan OKU Kelantan bersama-sama menghayati majlis berbuka puasa.

Seramai 80 orang ahli persatuan dipilih untuk menyertai program ini yang diadakan secara 3 zon iaitu Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKBBRI, Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh dan Dewan Sri Guchil, Kuala Krai.

Program ini adalah acara tahunan anjuran kerajaan negeri di bawah exco Dato' Hj. Husam Musa. Persatuan Orang Pekak Kelantan (POPK) menjadi urusetia bagi pihak persatuan-persatuan OKU negeri Kelantan.


















Khamis, Jun 09, 2011

Tiada Aktiviti seketika


Sehingga Jun ini, tiada aktiviti yang dijalankan oleh Persatuan Insani. Perkara ini berkaitan dengan sumber kewangan yang berkurangan sejak akhir ini. Walaupun usaha telah dibuat oleh pihak pentadbiran untuk menambah dana aktiviti tetapi hasilnya tidak begitu sukses.

Antara aktiviti yang tertangguh ialah Tuisyen untuk UPSR dan PMR, Aktiviti Kelab Sukan, Hari Keluarga dan Konvo Bantuan Kemiskinan.

Dan juga Program Berbuka Puasa dan Bantuan Hari Raya mungkin dibatalkan juga jika masalah mendapatkan sumber kewangan berterusan.

Justeru kami memohon jasa baik semua pihak, sama ada individu, syarikat, korperat, dan sebagainya supaya dapat membantu kami untuk menjalankan aktiviti.

Semua sumbangan boleh disumbangkan atas nama:
Persatuan Insan Istimewa Kelantan.

Kami juga mengharapkan ahli-ahli memahami keadaan ini.

Jumaat, April 01, 2011

Persidangan NGO-NGO Kelantan

Pada 29hb Mac 2011, Selasa, satu Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darul Naim. Ianya anjuran Jawatankuasa Modal Insan, Belia, Wanita & NGO Negeri Kelantan.

Persatuan Insani turut dijemput dan menghantar 3 orang ahli iaitu, Setiausaha (Mohd Razali Md Din), Bendahari (Che Suhana Che Omar) dan seorang AJK (Masliza Che Mohamed).

Majlis Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Program ini turut disertai Pendaftaran Pertubuhan Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Ianya diwakili Pengarah masing-masing yang kemudiannya membentang kertas kerja.

Dua orang pembentang kertas kerja lain yang diundang ialah dari persatuan WADAH dan PEWARIS.

Perasmian penutup Persidangan disempurnakan oleh YB En. Abd. Fatah Mahmood, exco kerajaan negeri yang mengetuai Jawatankuasa penganjur persidangan.







Sabtu, Mac 19, 2011

Mesyuarat Agung Kali ke 12

Alhamdulillah, selesailah sudah Mesyuarat Agung Persatuan Insani kali ke 12 pada 19 Mac 2011. Mesyuarat ini telah diadakan di Bengkel Pemulihan OKU Kg Aur, Telong Bachok dan dihadiri 250 orang ahli.
Mesyuarat berlangsung dalam keadaan tenang dan perbahasan usul berjalan dengan keadaan harmoni dan setiakawan.
Pengerusi Persatuan Insani, En Wan Kamarulzaman telah mempengerusikan mesyuarat dan majlis perasmian disempurnakan oleh Wakil Pengurus Bengkel iaitu En. Mohd Safwan Nasuha.
Selepas Mesyuarat para hadirin dihidangkan dengan nyanyian oleh beberapa orang ahli OKU yang berbakat dan juga diselangi dengan cabutan bertuah.