Pada 29hb Mac 2011, Selasa, satu Persidangan NGO-NGO Negeri Kelantan telah diadakan di Dewan Teratai, Kota Darul Naim. Ianya anjuran Jawatankuasa Modal Insan, Belia, Wanita & NGO Negeri Kelantan. Persatuan Insani turut dijemput dan menghantar 3 orang ahli iaitu, Setiausaha (Mohd Razali Md Din), Bendahari (Che Suhana Che Omar) dan seorang AJK (Masliza Che Mohamed).
Majlis Bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 1.00 petang. Program ini turut disertai Pendaftaran Pertubuhan Kelantan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan. Ianya diwakili Pengarah masing-masing yang kemudiannya membentang kertas kerja.
Dua orang pembentang kertas kerja lain yang diundang ialah dari persatuan WADAH dan PEWARIS.







