Persatuan Insani menerima jemputan berbuka puasa anjuran kerajaan negeri pada 10hb, 17hb dan 24hb Ogos 2011 yang lalu sempena bulan Ramadan. Program ini khas untuk pimpinan negeri bersama OKU dari 4 buah persatuan OKU Kelantan bersama-sama menghayati majlis berbuka puasa.Seramai 80 orang ahli persatuan dipilih untuk menyertai program ini yang diadakan secara 3 zon iaitu Kota Bharu di Dewan Jubli Perak MPKBBRI, Dewan Majlis Daerah Pasir Puteh dan Dewan Sri Guchil, Kuala Krai.











