•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, April 14, 2013

OKU bantu OKU

Skuad Cakna OKU Persatuan Insan Istimewa Kelantan telah mengadakan projek gotong royong di sebuah rumah ahli di Kampung Raja, Panyit, Machang, Kelantan pada 13.4.2013.

Program ini adalah julung kali diadakan dan ianya akan dikekalkan untuk di masa akan datang. Program gotong royong ini diketuai oleh Pengerusi Persatuan Insani, Mohd Ramli Abdul Rahman dan dibantu oleh ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli.

Gotong royong ini diadakan hasil lawatan Pengerusi baru-baru ini yang mendapati ahli OKU yang terlantar ini memerlukan tandas yang lebih selesa dan bersih. Projek ini ditanggung seratus peratus dan ianya adalah hasil sumbangan para korperat dan orang persaorangan. 

Projek seumpama ini akan diteruskan dari masa ke semasa mengikut keperluan ahli yang layak.




















Sabtu, April 13, 2013

Menyaksikan Perlawanan Bola

Beberapa program yang disertai oleh Persatuan Insani sepanjang beberapa minggu yang lalu. Antaranya menerima jemputan Kelab Penyokong Red Worrior menyaksikan Perlawanan Piala AFC. Perlawanan berlangsung pada 2 April 2013 yang lalu dan seramai 20 orang ahli Insani dipilih untuk menyertainya. Perlawanan pada malam itu antara Red Worrior dan SHB DA NANG dari Vietnam.
Ini adalah kali pertama persatuan Insani dijemput dan ditaja untuk menyaksikan perlawanan bola.