•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Mei 19, 2009

Majlis Silatulrahim

Majlis Silatulrahim & Kemasukan Ahli Baru telah diadakan pada 16 Mei 2009 di rumah Kak Soh (Selamah) bertempat Kg. Pondok Hj. Husin, Geting, Tumpat Kelantan. Majlis diadakan secara sederhana sahaja yang mana dihadiri penduduk setempat dan beberapa orang ahli Jawatankuasa.

Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor yang turut hadir telah merasmikan majlis yang pertama kali diadakan di daerah Tumpat. Lain-lain jawatankuasa yang hadir ialah Setiausaha En. Mohd Razali Md Din, Bendahari Pn. Che Suhana Che Omar, AJK Pn. Masliza Che Mohamed, AJK Cik Nik Raziah Nik Wel dan Wakil Kawasan En. Wan Hamid.

Dalam ucapannya, Pengerusi Insani berharap ahli-ahli dapat memberi sokongan dan menjadikan persatuan satu tempat untuk mengemukakan sebarang masalah. Semua masalah akan cuba diselesaikan asalkan ahli-ahli menyampaikan hasrat mereka. Persatuan akan menolong sekadar yang mampu. Jika ada apa-apa yang perlu dirujuk, persatuan akan merujuk kes ahli kepada pihak yang berkenaan.

Tujuan utama majlis seumpama ini ialah untuk mempromosikan persatuan kepada masyarakat dan penerimaan ahli-ahli baru secara berkumpulan. Seramai 11 orang ahli baru berdaftar dengan persatuan pada hari tersebut.

Pihak persatuan berharap ada kawasan-kawasan lain turut menjemput persatuan untuk mengadakan majlis seumpama ini di masa hadapan.




Tiada ulasan: