•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Khamis, Disember 03, 2009

TABUNG OKU BERDIKARI & BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Persatuan Insani membuka peluang untuk ahli-ahli yang berniaga mendapatkan dana dari Tabung OKU Berdikari yang dibuka mulai 1 Disember 2009. Serentak dengan itu juga, borang Bantuan Awal Persekolahan diedarkan.

Semua ahli-ahli telah diberitahu melalui surat. Syarat untuk mendapatkan Bantuan Awal Persekolahan ialah ahli yang mempunyai anak lebih dua orang yang bersekolah. Manakala pendapatan ahli tidak melebih RM1000.00. Ahli juga hendaklah dikategorikan miskin. Pemilihan yang layak untuk Bantuan Awal Persekolahan ini dibuat oleh Jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Pengerusi Persatuan Insani - En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor.

Syarat-syarat kelayakan untuk Tabung OKU Berdikari ada disertakan dalam surat. Antara syaratnya ialah mesti dalam kumpulan lima orang.

Mudah-mudahan apa yang disumbangkan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya untuk ahli.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kepada mana-mana orang perseorangan atau syarikat yang berbesar hati ingin menyumbang bantuan kewangan kepada insani kelantan,teruskan niat murni anda untuk golongan OKU(insani)kelantan