•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Mei 19, 2009

Seminar Menjana Ummah Gemilang & Penghayatan Islam OKU

Seminar ini adalah anjuran Bahagian Dakwah JAKIM yang diadakan pada 17 Mei 2009 di Dewan Gelanggang Seni, Jalan Mahmood, Kota Bharu Kelantan. Seramai 150 orang peserta dijemput menghadiri seminar tersebut yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan OKU di Negeri Kelantan seperti Persatuan Insan Istimewa Kelantan (INSANI), Persatuan Orang cacat Penglihatan Islam Kelantan (PERTIS), dan Persatuan Orang Cacat Anggota Cawangan Kelantan (POCAM).

Seminar ini dirasmikan oleh Ybhg. Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM. Turut hadir dan memberi ucapan alu-aluan ialah Timbalan Pengarah I JKMN Kelantan , Ybrs. En. Che Ngah Ismail.

Seminar ini sangat baik untuk memberi kesedaran dan penghayatan kepada OKU tentang kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat.






Semoga seminar berbentuk majlis ilmu seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.......

Majlis Silatulrahim

Majlis Silatulrahim & Kemasukan Ahli Baru telah diadakan pada 16 Mei 2009 di rumah Kak Soh (Selamah) bertempat Kg. Pondok Hj. Husin, Geting, Tumpat Kelantan. Majlis diadakan secara sederhana sahaja yang mana dihadiri penduduk setempat dan beberapa orang ahli Jawatankuasa.

Pengerusi Insani En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor yang turut hadir telah merasmikan majlis yang pertama kali diadakan di daerah Tumpat. Lain-lain jawatankuasa yang hadir ialah Setiausaha En. Mohd Razali Md Din, Bendahari Pn. Che Suhana Che Omar, AJK Pn. Masliza Che Mohamed, AJK Cik Nik Raziah Nik Wel dan Wakil Kawasan En. Wan Hamid.

Dalam ucapannya, Pengerusi Insani berharap ahli-ahli dapat memberi sokongan dan menjadikan persatuan satu tempat untuk mengemukakan sebarang masalah. Semua masalah akan cuba diselesaikan asalkan ahli-ahli menyampaikan hasrat mereka. Persatuan akan menolong sekadar yang mampu. Jika ada apa-apa yang perlu dirujuk, persatuan akan merujuk kes ahli kepada pihak yang berkenaan.

Tujuan utama majlis seumpama ini ialah untuk mempromosikan persatuan kepada masyarakat dan penerimaan ahli-ahli baru secara berkumpulan. Seramai 11 orang ahli baru berdaftar dengan persatuan pada hari tersebut.

Pihak persatuan berharap ada kawasan-kawasan lain turut menjemput persatuan untuk mengadakan majlis seumpama ini di masa hadapan.




Sabtu, Mei 09, 2009

Mesyuarat Jawatankuasa kali ke-3/09

Jawatankuasa Insani telah mengadakan mesyuarat pada 8 Mei 2009 di rumah Pengerusi Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor di Kg. Lundang, Kota Bharu Kelantan. Seramai 10 orang AJK hadir untuk tujuan tersebut yang diadakan secara sederhana di situ.




Antara keputusan yang diambil:


1. Majlis Silatulrahim dan Kemasukan Ahli Beramai-ramai akan diadakan di Tumpat pada 23 Mei 2009. Majlis yang sepatutnya di adakan di Kuala Pertang diKIV.


2. Hari Keluarga akan diadakan sebelum bulan puasa. Untuk pertama kali Pemegang Jawatan Utama tidak menjadi Ketua Program. Azuhan Yaacob (Pen. S/U) dilantik menjadi Ketua Program.


3. Kelab Sukan diperkasakan dengan pelantikan Ketua Kelab Sukan Baru iaitu Azuhan Yaacob menggantikan Pn. Sharifah Raudzah yang mengikuti latihan sukan sepenuh masa di MSN. Azuhan Yaacob akan memanggil mesyuarat dalam masa terdekat untuk memilih Ahli Jawatankuasa kecil yang baru.



Majlis penyerahan tugas Ketua Kelab Sukan yang diadakan secara ringkas. Mohd Kamaruddin (Kanan) mewakili Sharifah Raudzah menyerahkan dokumen Kelab Sukan kepada Azuhan Yaacob (Berbaju merah) disaksikan oleh Pengerusi Persatuan INSANI (Tengah).

Semoga Kelab Sukan akan terus maju dan suksess!!