•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Mac 12, 2013

Jalinan Mesra Insani

Program Jalinan Mesra Insani untuk pertama kali di adakan pada tahun 2013 ini pada 9hb Mac 2013 yang lalu. Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Pondok Hidayah Kampung Chawas, Tanah Merah telah diberi penghormatan pertama untuk majlis ini.

Program ini adalah program Jawatankuasa turun padang untuk bersua muka dengan ahli-ahli dan juga bertujuan mempromosikan persatuan. Program ini diadakan di setiap daerah yang terpilih di mana ahli-ahli dikumpulkan di satu tempat dan diadakan majlis ringkas. Semua Jawatankuasa Persatuan Insani menyertai program ini.

Objektif Program Jalinan Mesra Insani adalah untuk merapatkan silatulrahim antara ahli-ahli insani setempat dengan barisan Jawatankuasa. Selain dari itu, program ini memberi peluang kepada ahli-ahli mengemukakan permasalahan yang terlepas pandang oleh pihak-pihak berkenaan. Pengerusi dan Jawatankuasa turut menziarahi ahli-ahli yang uzur dan terlantar serta menyampaikan sumbangan.

Pengisian program ini diakhiri dengan penyampaian sumbangan barangan keperluan dapur yang didermakan oleh para dermawan yang prihatin kepada ahli-ahli yang layak yang dipilih oleh AJK Kawasan Tanah Merah iaitu En. Mohd Kamaruddin Ibrahim. Jamuan makan tengahari diberikan kepada semua tetamu sebelum majlis bersurai.

Selepas ini, program Jalinan Mesra Insani akan diadakan di lain-lain daerah mengikut keperluan ahli-ahli.




















Tiada ulasan: