Ketika banjir melanda negara pada penghujung Disember 2014, khususnya di Kelantan, Persatuan Insan Istimewa Kelantan tidak ketinggalan turun padang membantu ahli-ahli yang terlibat. Jawatankuasa kerja, unit kebajikan, Cakna OKU Insani berusaha mendapatkan sumbangan dari orang ramai untuk diagih-agihkan kepada ahli yang berada di serata tempat di Kelantan.
Walaupun sumbangan tidak seberapa, ianya cukup melegakan ahli-ahli dan menjadi tambahan kepada sumbangan yang diterima dari pelbagai phak.
Menurut Pengerusi Insani, Mohd Ramli Abdul Rahman, sumbangan yang diberi adalah satu usaha cakna OKU yang menjadi agenda teras persatuan untuk membela ahli-ahli. Kejadian banjir yang tidak terduga ini adalah satu ujian dari Allah kepada manusia, dan beliau percaya ujian lebih besar kepada OKU yang selama ini hidup dalam kedahifan dan kekurangan fizikal, mental, pendengaran dan sebagainya berbanding dengan orang lain yang sempurna. Jika kita redha dan terima ujian ini dengan tawaduk, insyaAllah, Allah akan menggantikan dengan yang lebih baik. Sesungguhnya tidak Allah berikan ujian kepada hambanya jika hambanya tidak mempu menghadapinya.
Pengerusi Insani merakamkan terima kasih kepada pihak kerajaan, swasta, korperat, individu dan masyarakat yang sentiasa bergading bahu membantu mereka yang ditimpa musibah ini.
Setiausaha Insani, Mohd Kufri Omar merayu kepada badan korperat dan persaorangan supaya dapat menyumbangkan sumbangan kepada persatuan Insani supaya usaha membantu mereka yang memerlukan sentiasa berjalan. Persatuan ini bukan sahaja membantu ketika bencana alam tetapi juga berterusan seperti memberi bantuan persekolahan, membantu membaiki rumah ahli, menyumbangkan tongkat, kerusi roda, lampin pakai buang dan sebagainya. Insani juga bekerjasama dengan kerajaan untuk membantu OKU yang memerlukan alat tiruan seperti kaki atau tangan palsu, alat pendengaran dan lain-lain keperluan khas OKU.
Tanah Merah
Rantau Panjang
Pasir Mas
Kuala Krai (Dabong dan Kemubu)
Kuala Krai
Tanah Merah