•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Khamis, Januari 01, 2015

SELAMAT TAHUN BARU 2015


Kesempatan ini Persatuan Insani melahirkan kesyukuran diberi usia bermula 22 Mei 2000 hingga 1-Januari 2015 bersamaan 10 Rabiul Awal 1436H.  Sepanjang tahun 2004, pelbagai program telah dilaksanakan untuk ahli-ahli. Pada tahun ini, insya-Allah persatuan Insani akan terus memberi komitmen untuk menganjurkan pelbagai program lagi.

Yang pasti pada tahun ini Mesyuarat Agung Insani Kali ke-16 akan diadakan - Mungkin di Gelanggang Seni. Mesyuarat ini akan ada pemilihan Jawatankuasa Baru jika ada pencalonan. Penghujung 2014, telah berlaku musibah yang amat dasyat iaitu bencana banjir. Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa akan menjalankan misi membantu ahli-ahli yang ditimpa musibah tersebut sebelum tibanya tarikh Mesyuarat Agung yang dijangka diadakan awal bulanMac nanti.

Semoga Allah memberi kejayaan yang bermakna pada tahun baru ini di samping tahun  1436H yang telah berlalu hampir dua bulan yang lalu....


Tiada ulasan: