•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Khamis, Oktober 30, 2008

Salam Insani

Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog.
Blog Persatuan Insan Istimewa Kelantan atau ringkas INSANI adalah satu blog yang dibangunkan oleh Setiausaha INSANI dengan kerjasama Ahli Jawatankuasa untuk memberi maklumat persatuan kepada semua dan mendapatkan maklumat dari semua pihak juga yang hanya berkaitan NGO.
Persatuan INSANI ditubuhkan pada 22 Mei 2000 di Pulai Chondong Kelantan. Nombor pendaftarannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ialah 583. Persatuan INSANI adalah satu persatuan yang ditubuhkan oleh Insan Istimewa atau Orang Kurang Upaya (OKU) bertujuan menjaga, membela, memberi khidmat kebajikan, sukan, kesenian, dan lain-lain yang berkaitan kepada semua OKU pelbagai kategori.
Keahlian Persatuan INSANI terbuka kepada semua berasal dari Kelantan atau yang tinggal di negeri Kelantan atau berketurunan Kelantan atau sebab bertalian berkahwin dengan orang Kelantan. Keahlian Bersekutu terbuka kepada semua umat manusia di alam fana ini......
Demikian bicara pengenalan untuk sementara waktu.....

1 ulasan:

kakraihan berkata...

ahlan wasahlan buat semua AJK INSANI yang kakraihan hormati sekalian.
semuga blog yang disediakan ini MAMPU merealisasikan harapan kalian utk membawa INSANI ke tahap yang lebih membanggakan.
di sini kakraihan juga ingin mencadangkan agar pihak AJK INSANI sendiri menyediakan brochure khas utk diedarkan kepada setiap kenalan, rakan dan taulan yang mana celik IT agar mereka mengetahui akan kehadiran blog ini. dengan cara ini sajalah yang mampu mempercepatkan lagi proses pengenalan kepada blog ini di mata orang ramai.
SEMUGA ALLAH MEMBERKATI USAHA MURNI INI..AMIIN..