•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Selasa, Januari 27, 2009

MA10 Dan Yuran Keahlian

Persatuan INSANI telah mengadakan mesyuarat Jawatankuasa kali pertama tahun 2009 pada 16 Januari yang lalu di rumah Pengerusi, Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor. Dalam mesyuarat itu beberapa keputusan dibuat untuk tahun 2009.

Cadangan dari para AJK supaya Mesyuarat Agung ke 10(MA10) diadakan di sebuah resort di Tok Bali tetapi jika keupayaan kewangan persatuan tidak mampu, alternatifnya ialah di Gelanggang Seni. Naib Pengerusi (Sharifah Raudzah), Setiausaha (Mohd Razali), Bendahari (Che Suhana), Pen. Bendahari(Zawadi) dan AJK Mohd Kamaruddin telah meninjau resort yang dicadangkan. Keputusan akan dibuat samada jadi atau tidak Mesyuarat Agung dilaksanakan di resort berkenaan. Satu mesyuarat jawatankuasa akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini.

Cuma apa yang ingin ditekankan di sini, semua ahli yang belum menjelaskan yuran RM2.00 setahun hendaklah menjelaskannya sebelum MA10. Memang masih ramai yang belum menjelaskan yuran bahkan ada yang lebih tiga tahun tidak membayar yuran. Kelonggaran diberikan memandangkan ramai juga yang hendak membayar tetapi kesukaran untuk menyampaikan wang tersebut menjadi penghalang.

Cadangan juga dibuat tahun ini supaya Hari Keluarga dibuat lebih awal dan berkemungkinan akan bergabung dengan PDK Insani.

Mesyuarat juga memohon ahli-ahli yang meminjam menerusi Tabung INSANI hendaklah menjelaskan hutang mereka kerana tempoh enam bulan yang diberikan sebagai syarat pinjaman telah tamat kesemuanya. Jika mereka tidak menjelaskan hutang tersebut, peluang untuk diberikan kepada orang lain tertutup. Sedangkan ahli lain mungkin lebih memerlukan.

Lain-lain cadangan ialah; Program Silatulrahim di Kuala Pertang, Maulidur Rasul, Majlis Hari Raya, mengadakan kursus membaiki motorsikal dan lain-lain yang akan menyusul kemudian.

<><>

Tiada ulasan: