•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Mac 01, 2009

Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan MAI-10

Tarikh 28 Feb 2009 - Berlangsungnya Pelancaran Tabung OKU Berdikari dan serentak dengan itu Mesyuarat Agung Persatuan Insan Istimewa Kelantan kali ke 10 (MAI-10) juga diadakan.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh wakil Pengarah JKM Kelantan iaitu Timbalannya En. Che Ngah.

Lebih 300 orang hadir dalam majlis itu yang diadakan di Dewan Gelanggang Seni, Kota Bharu, Kelantan.

Tabung OKU Berdikari adalah satu bentuk dana yang dikumpulkan dari sumbangan para dermawan dan diberi bantuan kepada ahli-ahli yang memerlukan untuk berdikari sama ada berniaga atau menjalankan projek pertanian.

Sesungguhnya ianya adalah satu usaha bakti persatuan untuk melihat ahli-ahlinya mampu berdikari dan mendapatkan rezeki.

Justeru itu kami menyeru kepada semua warga Malaysia yang prihatin dan ada kemampuan supaya menderma kepada tabung ini atas nama : Tabung OKU Berdikari atau atas nama Persatuan Insan Istimewa Kelantan

Sama-samalah kita bantu mereka yang memerlukan agar mereka juga mampu hidup seperti insan yang lain.

Manakala MAI-10 berjalan lancar dengan 20 usul dikemukakan dan dibahas.
















Tiada ulasan: