•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Januari 02, 2011

Majlis Asyura 2010

Pada 25.12.2010 yang lalu, satu program memasak bubur Asyura telah diadakan di rumah salah seorang ahli di Kg. Padang Selising berhampiran pejabat persatuan. Program sempena bulan Muharram ini membabitkan dua kawah bubur Asyura yang dimasak secara bergotong royong antara ahli-ahli persatuan, ahli-ahli nersekutu dan penduduk kampung.

Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silatulrahim sesama ahli, ahli-ahli dan masayarakat setempat, penghayatan sempena mengingati asal usul bubur asyura serta memberi peluang kepada ahli-ahli yang sebelum ini tidak pernah terlibat dengan aktiviti memasak bubur asyura.

Program memasak bubur asyura diadakan setiap tahun oleh persatuan yang diadakan secara giliran daerah-daerah di Kelantan.

Turut hadir dalam program ini ialah Pengerusi Persatuan Insani, En. Wan Kamarulzaman Wan Mohd Nor, Setiausaha, Bendahari dan barisan AJK.

Tempoh masa memasak bubur asyura kali ini selama 12 jam bermula 9 pagi dan berakhir 9 malam. Bubur asyura yang telah masak diagih-agihkan kepada ahli-ahli berdekatan dan penduduk kampung yang membantu.

Tiada ulasan: