Seramai 500 orang kurang upaya dari pelbagai persatuan dan 100 orang tetamu kerajaan negeri hadir pada majlis tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada OKU berbuka puasa bersama kepimpinan negeri dan merapatkan hubungan silatulrahim. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato Hj Ahmad Yakub dan turut dihadiri oleh YB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang turut bersama berjemaah solat Asar dan Maghrib bersama OKU.
Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Keuarga, Kebajikan da Kesejahteraan Rakyat, YB Hjh Mumtaz Md Nawi dalam ucapannya berharap hubungan yang akrab OKU dengan kerajaan akan sama-sama memangkinkan pembangunan negeri. OKU juga mempunyai peranannya dalam masyarakat. Beliau juga memaklumkan bahawa di bawah Kebajikan, akan ditubuhkan unit Pembangunan OKU. Setakat ini ada seorang pegawai dari MPPOK kalangan OKU telah mula bertugas di Urusetia Pembangunan Wanita bawah pengurusan kebajikan bahagian OKU sebagai staf sokongan.
Pada Majlis tersebut semua peserta diberikan sedikit sumbangan hari raya.