•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Julai 07, 2013

Kuliah Agama Mingguan INSANI

Menyedari keperluan OKU kepada ilmu-ilmu bersifat keagamaan, Persatuan Insani menerusi cetusan idea Pengerusi dan Setiausaha telah sepakat bersama 
Jawatankuasa untuk mengadakan kelas agama mingguan yang dinamakan Kuliah Agama Mingguan. 
Kelas Agama Mingguan ini diadakan di sebuah Masjid persendirian milik keluarga Tuan Ismail di Taman Al-Barakah, Kampung Tasik, Selising, Pasir Puteh, kelantan. Ianya diadakan setiap hari Sabtu jam 12.00 tengahari dan diakhiri dengan solat Zohor berjemaah. Semua ahli-ahli Insani dan penduduk tempatan dijemput hadir untuk memakmurkan dan memeriahkan majlis ilmu ini. 
Kuliah ini dibimbing oleh Ustaz Saipudin dan Tuan Ismail sendiri. Diharapkan Kelas Agama Mingguan ini mendapat sokongan dari semua pihak terutama ahli-ahli Insani. Kita bukan sahaja mengejar ilmu dunia tetapi juga ilmu akhirat yang menjadi keutamaan. 







Tiada ulasan: