Kerajaan negeri Kelantan menerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat dengan kerjasama Jabatan kebajikan Masyarakat dan Majlis Persefahaman Persatuan OKU Kelantan (MPPOK) pada 25hb Julai 2013 bersamaan 16 Ramadan 1434 H telah mengadakan Malis Berbuka Puasa Orang Kurang Upaya Bersama Kerajaan Negeri Kelantan. Majlis ini berlangsung di Dewan MPKB Jubli Perak, berhampiran Bazar Tok Guru, Kota Bharu, Kelantan.
Seramai 500 orang kurang upaya dari pelbagai persatuan dan 100 orang tetamu kerajaan negeri hadir pada majlis tersebut. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang kepada OKU berbuka puasa bersama kepimpinan negeri dan merapatkan hubungan silatulrahim. Majlis ini dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan YAB Dato Hj Ahmad Yakub dan turut dihadiri oleh YB Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz yang turut bersama berjemaah solat Asar dan Maghrib bersama OKU.
Exco Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Keuarga, Kebajikan da Kesejahteraan Rakyat, YB Hjh Mumtaz Md Nawi dalam ucapannya berharap hubungan yang akrab OKU dengan kerajaan akan sama-sama memangkinkan pembangunan negeri. OKU juga mempunyai peranannya dalam masyarakat. Beliau juga memaklumkan bahawa di bawah Kebajikan, akan ditubuhkan unit Pembangunan OKU. Setakat ini ada seorang pegawai dari MPPOK kalangan OKU telah mula bertugas di Urusetia Pembangunan Wanita bawah pengurusan kebajikan bahagian OKU sebagai staf sokongan.
Pada Majlis tersebut semua peserta diberikan sedikit sumbangan hari raya.
PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU
-
-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477,
Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama
PPDKI ya...
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan