•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Rabu, Oktober 23, 2013

Menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud 2013

Persatuan Insani pada tahun turut menghantar kumpulan peserta yang terdiri 40 orang OKU menyertai Larian Jambatan Sultan Mahmud 2013 yang diadakan pada 28hb September 2013 (Sabtu) yang lalu.
Peserta Insani bertolak ke Terengganu pada petang Jumaat secara berkonvoi 14 buah kenderaan. Penyertaan ini diketuai oleh Ketua Kelab Sukan iaitu Pn. Sharifah Raudzah Syed Akil.

Walaupun tidak mendapat tempat utama dalam acara tersebut, pihak persatuan tidak memandang ianya satu kerugian kerana penyertaan ini tanda sokongan kepada semua acara sukan yang dipertandingkan dan sebagai memberi peluang kepada ahli-ahli menyertai larian ini.

Kategori Orang Kurang Upaya (OKU) pula, Daniel Lee mempertahankan kejuaraan acara lelaki setelah menamatkan larian sejauh lima kilometer dengan catatan masa 18 minit 39 saat. Norizan Daud mendominasi kategori wanita dengan masa 26 minit 35 saat dan masing-masing menerima wang tunai RM2,000 setiap seorang. 


Seramai 8,011 peserta termasuk 142 peserta luar negara serta 298 peserta OKU menyertai perlumbaan yang dianjurkan kerajaan negeri Terengganu bersempena Tahun Melawat Terengganu 2013.
Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan berangkat bagi menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, Exco Sukan Rozi Mamat dan Pengarah Majlis Sukan Negeri, Zainal Abidin Hussin













Tiada ulasan: