Persatuan Insani memulakan tahun 2016 dengan penyampaian sumbangan berupa katil untuk OKU terlantar di Kampung Peralla, Tanah Merah, Kelantan pada 2-2-2016 yang lalu. Sumbangan ini adalah satu khidmat prihatin terhadap OKU walaupun beliau bukan ahli persatuan. Persatuan Insani mengambil inisiatif ini atas dasar membantu semua orang yang memerlukan terutama OKU.
Terima kasih kepada penderma yang menyumbangkan katil ini untuk Persatuan Insani uruskan penyampaiannya.
Bagi perancangan tahun ini, Insani berhasrat mendapatkan sebanyak mungkin dana untuk membantu OKU terutama mereka yang memerluka anggota palsu (kaki palsu, tangan palsu), kerusi roda, tongkat, alat pakai buang dan alat pendengaran.
Walau bagaimanapun, keperluan persekolahan (pakaian seragam, alat pembelajaran, yuran tuisyen), bantuan sosial, bantuan perniagaan, keperluan dapur tidak dilupakan. Sumbangan dan bantuan berbentuk ini sentiasa diberikan kepada ahli dan klien yang layak.
Semoga pihak yang ingin membantu mendapat tempat yang betul untuk diberikan bantuan, maka kami alu-alukan sebarang bentuk sumbangan pada bila-bila masa dan ketika.
SILA HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL, FACEBOOK ATAU NO TELEFON
Sumbangan Dato' / Datin, Tuan / Puan sekelian akan disampaikan kepada kumpulan sasar sesegera mungkin.
Kami membantu kepada mereka yang perlu dibantu.
PROGRAM PERTAMA DI TEMPAT BARU
-
-baru ini PPDK Insani telah berpindah ke lokasi baru iaitu di Lot 477,
Depan Masjid Kampung Pek, Machang, Kelantan pada 1-8-2019. Program pertama
PPDKI ya...
5 tahun yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan