KESENGSARAAN DAN PENDERITAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) TERUTAMA DI KAWASAN PENDALAMAN SANGAT PERLU DITITIK BERATKAN. KAMI JAWATANKUASA INSANI DENGAN SEGALA SUSAH PAYAH DAN MENGERTI PERASAAN KAMI SESAMA OKU SANGGUP MEREDAH PERJALANAN YANG PANJANG DAN SUKAR SEMATA-MATA UNTUK MEMBANTU MEREKA SEKADAR YANG TERMAMPU.
SUMBANGAN DAN PERALATAN YANG KAMI BERIKAN KEPADA OKU YANG MEMERLUKAN DATANGNYA DARI DERMA DAN SUMBANGAN PARA DERMAWAN/ KORPERAT / INDIVIDU DAN KERAJAAN YANG SENTIASA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU KAMI MENGUMPUL DANA.
KAMI MEMOHON SUPAYA TERUSKAN SUMBANGAN DAN DERMA KEPADA TABUNG DANA KAMI SUPAYA KAMI BOLEH PANJANGKAN DERMA ITU KEPADA YANG MEMERLUKAN. MUDAH-MUDAHAN KITA SUPAYA MENDAPAT KEBERKATAN DAN REZEKI YANG BERPANJANGAN.
SKUAD KEBAJIKAN INSANI MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA EN ISMAIL YAACOB OKU PENGLIHATAN DI KAMPUNG BATU 11, KEMAHANG, TANAH MERAH YANG TERLIBAT DENGAN KEBAKARAN SEHINGGA MEMUSNAHKAN SEBUAH RUMAHNYA.
OKU YANG MENDAPAT KEPUTUSAN STPM 5A 2016 (KAMARUL IHSAN) DIHARGAI DAN DIUCAP TAHNIAH OLEH AJK INSANI YANG MELAWAT SAMBIL M EMBERI SUMBANGAN TAHNIAH.
MEMBANTU OKU YANG LAYAK WALAUPUN MEREKA BUKAN AHLI INSANI KERANA INSANI DIWUJUDKAN UNTUK MEMBANTU DAN MEMBELA NASIB OKU TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, KECENDERUNGAN POLITIK, KETURUNAN DAN JENIS KECACATAN.
SEBARANG SUMBANGAN DAN DERMA BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN SETIAUSAHA INSANI: EN OSMAN OMAR : 019-9743512
1 ulasan:
Assalamualaikum, saya, Nurul Syafikah, salah seorang pelajar di UKM. Kami sedang mencari warga- warga oku yang boleh membuat persembahan pada malam Konsert Inspirasi 2.0 kami yang didekasikan untuk warga oku. Sesungguhnya saya tertarik dengan satu persembahan yang saya jumpa di Youtube ( https://www.youtube.com/watch?v=I4C2VTG5O1g ) yang dipersembahkan oleh pihak Tuan. Dengan ini saya sangat berharap pihak Tuan dapat menghubungi saya supaya kita dapat berbual dengan lebih panjang lagi tentang event tersebut. Segala info akan saya berikan nanti. Terima kasih kerana membaca ulasan saya ini. Email saya : syafikahjb@gmail.com Terima kasih sekali lagi.
Catat Ulasan