•Menjadi normal tidak penting tapi yang paling utama diterima dan disayangi seadanya.

Ahad, Mac 13, 2016

ANDA BANTU KAMI, KAMI BANTU MEREKA


KESENGSARAAN DAN PENDERITAAN ORANG KURANG UPAYA (OKU) TERUTAMA DI KAWASAN PENDALAMAN SANGAT PERLU DITITIK BERATKAN. KAMI JAWATANKUASA INSANI DENGAN SEGALA SUSAH PAYAH DAN MENGERTI PERASAAN KAMI SESAMA OKU SANGGUP MEREDAH PERJALANAN YANG PANJANG DAN  SUKAR SEMATA-MATA UNTUK MEMBANTU MEREKA SEKADAR YANG TERMAMPU. 

SUMBANGAN DAN PERALATAN YANG KAMI BERIKAN KEPADA OKU YANG MEMERLUKAN DATANGNYA DARI DERMA DAN SUMBANGAN PARA DERMAWAN/ KORPERAT / INDIVIDU DAN KERAJAAN YANG SENTIASA TIDAK JEMU-JEMU MEMBANTU KAMI MENGUMPUL DANA.

KAMI MEMOHON SUPAYA TERUSKAN SUMBANGAN DAN DERMA KEPADA TABUNG DANA KAMI SUPAYA KAMI BOLEH PANJANGKAN DERMA ITU KEPADA YANG MEMERLUKAN. MUDAH-MUDAHAN KITA SUPAYA MENDAPAT KEBERKATAN DAN REZEKI YANG BERPANJANGAN.


SKUAD KEBAJIKAN INSANI MELAWAT DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN KEPADA EN ISMAIL YAACOB OKU PENGLIHATAN DI KAMPUNG BATU 11, KEMAHANG, TANAH MERAH YANG TERLIBAT DENGAN KEBAKARAN SEHINGGA MEMUSNAHKAN SEBUAH RUMAHNYA.


  SUMBANGAN DAN BANTUAN KEPADA OKU DI GUAL IPOH, TANAH MERAH YANG MEMERLUKAN KATIL DAN TILAM.

 MENZIARAH DAN MELAWAT AHLI YANG DITIMPA KEMISKINAN DAN MUSIBAH DI KAMPUNG KEDONDONG, PASIR MAS.

SEBAGAI PENGHARGAAN KEPADA OKU YANG MENDIRIKAN RUMAHTANGGA - INSANI MENGHULURKAN HADIAH ISTIMEWA

 OKU YANG MENDAPAT KEPUTUSAN STPM 5A 2016 (KAMARUL IHSAN) DIHARGAI DAN DIUCAP TAHNIAH OLEH AJK INSANI YANG MELAWAT SAMBIL M EMBERI SUMBANGAN TAHNIAH.

MENZIARAHI OKU TERLANTAR  DAN MENYAMPAIKAN SUMBANGAN



MEMBANTU OKU YANG LAYAK WALAUPUN MEREKA BUKAN  AHLI INSANI KERANA INSANI DIWUJUDKAN UNTUK MEMBANTU DAN MEMBELA NASIB OKU TANPA MENGIRA BANGSA, AGAMA, KECENDERUNGAN POLITIK, KETURUNAN DAN JENIS KECACATAN.


MELAWAT RUMAH OKU YANG TERBAKAR DI PASIR PUTEH SAMBIL MEMBERI SUMBANGAN.






SEBARANG SUMBANGAN DAN DERMA BOLEH TERUS BERHUBUNG DENGAN SETIAUSAHA INSANI: EN OSMAN OMAR :  019-9743512



Ahad, Februari 21, 2016

MESYUARAT AGUNG INSANI KALI KE-17

 Pada 20hb Februari 2016 yang lalu, bertempat di Dewan Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Insan Istimewa Kelantan kali ke 17. Mesyuarat ini dirasmikan oleh  Setiausaha Majlis Daerah Ketereh iaitu YM Tengku Sharifuddin Bin Dato' Tengku Shah Buddin.

Dalam ucapannya beliau berbangga kerana Persatuan Insani sangat maju ke depan dalam membantu sesama OKU. Keprihatinan Jawatankuasa Insani yang sentiasa mencari dana semata-mata untuk membantu mereka yang memerlukan patut disokong. Beliau berjanji akan sentiasa membantu sekadar termampu jika diperlukan.

Sementara itu Pengerusi meluahkan rasa terima kasih di atas kesudian Setiausaha Majlis Daerah untuk merasmikan mesyuarat ini. Pengerusi memaklumkan bahawa tujuan Mesyuarat Agung diadakan adalah untuk membincangkan dan menerima usul daripada ahli-ahli serta membuat keputusan yang sepakat. Mesyuarat juga menjadi sebagai salah satu komunikasi formal bagi menyebarkan maklumat terbaru persatuan. Mesyuarat akan menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit jika ada. Dalam setiap mesyuarat kita boleh menilai tahap sokongan dan komitmen ahli-ahli terhadap persatuan. Lagipun hadir mesyuarat agung menjadi tanggungjawab ahli-ahli terhadap persatuan. Selain itu tujuan mesyuarat diadakan untuk memastikan pentadbiran organisasi dan kewangan berjalan lancar dan penuh amanah.          
Mesyuarat Agung Insani kali ke 17 berlangsung sebagaimana agenda berikut:
            8.00 pg            - Pendaftaran
            9.30 pg            - Mesyuarat Agung Bermula
- Ucapan Pengerusi INSANI.
                                    - Mesyuarat Bermula:
               i.      Pengesahan minit mesyuarat Agung 2015
              ii.     Pengesahan Penyata Tahunan 2015
              iii.    Pengesahan Akaun 2015
              iv.   Perkara berbangkit.
               v.    Usul dan perbahasan.
               vi.   Ucapan Penangguhan.
Mesyuarat ditangguhkan pad jam 12 tengahari.
Acara sampingan adalah penganugerahan kecemerlangan persekolahan, sukan dan penghargaan ahli dengan mengadakan cabutan bertuah istimewa.

 Penganugerahan sukan - En Mohd Kamaruddin mewakili isterinya Sharifah Raudzah Syed Akil menerima sumbangan galakan dari Persatuan Insani daripada Setiausaha Majlis Daerah Ketereh.






 Sumbangan kecemerlangan pendidikan















 Ibu mewakili anaknya menerima Sumbangan pendidikan 11A PT3
 Cabutan Bertuah - Penghargaan ahli


Rabu, Februari 03, 2016

MEMULAKAN 2016 DENGAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN

Persatuan Insani memulakan tahun 2016  dengan penyampaian sumbangan berupa katil untuk OKU terlantar di Kampung Peralla, Tanah Merah, Kelantan pada 2-2-2016 yang lalu. Sumbangan ini adalah satu khidmat prihatin terhadap OKU walaupun beliau bukan ahli  persatuan. Persatuan Insani mengambil inisiatif ini atas dasar membantu semua orang yang memerlukan terutama OKU.

Terima kasih kepada penderma yang menyumbangkan katil ini untuk Persatuan Insani uruskan penyampaiannya.

Bagi perancangan tahun ini, Insani berhasrat mendapatkan sebanyak mungkin dana untuk membantu OKU terutama mereka yang memerluka anggota palsu (kaki palsu, tangan palsu), kerusi roda, tongkat, alat pakai buang dan alat pendengaran.

Walau bagaimanapun, keperluan persekolahan (pakaian seragam, alat pembelajaran, yuran tuisyen), bantuan sosial, bantuan perniagaan, keperluan dapur tidak dilupakan. Sumbangan dan bantuan berbentuk ini sentiasa diberikan kepada ahli dan klien yang layak.

Semoga pihak yang ingin membantu mendapat tempat yang betul untuk diberikan bantuan, maka kami alu-alukan sebarang bentuk sumbangan pada bila-bila masa dan ketika.

SILA HUBUNGI KAMI MENERUSI EMAIL, FACEBOOK ATAU NO TELEFON

Sumbangan Dato' / Datin, Tuan / Puan sekelian akan disampaikan kepada kumpulan sasar sesegera mungkin.


Kami membantu kepada mereka yang perlu dibantu.